Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Friday, January 6, 2012

kot silang, jalan silang.

aku tak gemar sangat kot silang. aku survey2 tengok-tengok banyak pengantin lelaki yg pakai kot silang macam terseksa. jalan bongkok whatsoeva. especially yg badan keding sikit. Yg berdada bidang, berbadan tegap dan sasa, aku rasa ok laa kot kalau pakai kot silang nih. seriously, aku rasa lebih baik lagi lelaki pakai yg one piece, tanjak, baju masuk dlm sampin, bengkung, seluar - settle beb. kalau kot silang bagai, aiyo, rimas dan kurang kemas.

RASA AKU... rasa korang semua tatau lah.

aku bukan taste tinggi pon. just aku anti tidak kemas. tu aje.. :D

basically aku punya inspirasi utk mendapatkan baju laki aku adalah seperti berikut:-





credits ada pada gambar2 tersebut. minta izin yer tuan punya busana. :)

ada sapa2 tahu butik2 sekitar KL yg menyediakan sewaan baju utk lelaki bersaiz L, busana berwarna off-white? penat dah carik kat FB. lagi satu, jarang butik pengantin letak gmbr baju pengantin lelaki berposing solo. pasal apa pun, aku tatau. :(

Thursday, January 5, 2012

Pengapit Kapitan Kuih Kapit.

Serius aku takot nak tanya sesiapa utk jadi pengapit aku.
yelah, meleis kan suka cakap kalau jadi pengapit, nanti lambat kawen.

Aku pernah jadi pengapit close fren aku. dan alhamdulillah, selepas tu aku lak menyusul nak naik pelamin. So salahlah meleis people kata jadi pengapit kang lambat kawen.
Jodoh kan kat tangan Allah. Biar Dia buat kerja dia, kita buat kerja kita, ye dak?

So, sapa yg akan kapit aku time aku naik pelamin nanti?

Friday, May 20, 2011

bukan entry pasal kawen. tapi emosi x berapa setabil.

Dah dekat sebulan rasanya aku off-training. Nih semua gara-gara aku injured. Mengikut dokter, dia kata ligamen problem.
Dan dah dekat sebulan aku x lari, or gym or buat apa2 aktiviti yg bole mengeluarkan peluh yg agak banyak.

Selama off training ni, eksesais hanya naik tangga 8 tingkat. Tu pun dalam 3 ke 4 kali out of 5 hari. Tu je lah aktiviti yg pump heart rate aku smpi 80% at most. Tu pon, setakat 3 minit je.

Sedeh sangat rasa. Tatau mcm mana nak cakap. Setiap kali rasa kesakitan tu, setiap kali tu rasa nak menitik air mata sebab terlalu rindukan running. Setiap kali rasa sakit tu, setiap kali tu aku rasa aku dah x bnyk masa utk training for my first half marathon.

Mungkin Allah nak duga aku.

Bawah meja aku ada satu bagpack penuh peralatan sukan. Baju, tights, kasut new balance 870 yg aku baru beli haritu. Warna oren lagi, cantik. Ada ipod, arm band, water bottle, sport socks, waist pouch utk letak benda2..lagi, ada heart rate monitor chest strap, brand Polar. Bila aku tersepak beg tu, aku rasa seperti diingatkan kepada kegagalan.

Rasa sedeh sgt tak bole join rakan2 training. Sedeh sgt sgt.

Geng training pon best2. Ada kak Zyra yg sgt baik slalu tumpangkan aku gi training, Aunty Justiffa, umur 50 selambe layan running lg dan suka bawa makanan utk kitorg bagi post run fuel, ada Edan yg pernah tegur postur aku time running, ada Faizal yg time training main senyum je kat aku, tp time dlm fb, kemain lg borak mesra mcm kwn dah lama. Ada gak Amin Kecik yg jadi marshal dan bagi air masa first time aku layan 14k dulu. Fira n Rinaz yg same saiz lebih kurang aku kot, tp layan running gak dan sentiasa motivate aku. oh ada Topek yg cakap "so sweet" bila aku tunjuk hand grip water bottle aku. Aku reply: "so sweet?! So gay man...!" Haha... sorry topek, lawak kasar...

Banyak lah sgt orang dlm tu yg best2.

Yeah. I miss running.

I promise myself to have a second check up next week eventho it does not being adviced by the doctor. Well, juz wanna see how long i have to rest and what can i consume to speed up my recovery.

Hujung bulan ni aku akan ke Hatyai. Mula-mula utk running event. Sebab injured ni, jgn kan kata 13k, 4k pon belum tentu. So i will go as supporters to all my frens. Kak zyra suh tunggu. I will, i will. Insyaallah. Hope aku tak tertido kak tunggu akak habis 6 jam full marathon. Huhu..

K la. Stress. Esok FFIL ajak breakfast. There will be me, bf, ffil and bf's lil sis. Aku cuak der....... first time nih dow.. arghhh..apa nk borak haa?

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 19, 2011

jumpa pasal doorgift lagi. ;D

aku seorang peminat doorgift yg boleh dimakan dan dipakai lagi-dan lagi oleh semua jantina. Aku kurang berkenan doorgift yg bukan dalam kategori di atas. Lagi satu kriteria pula, doorgift tersebut mestilah murah dan mampu beli oleh pengantin to be yg budget ciput mcm aku nih. So setiap yg aku jumpe dan paparkan di teratak hina hamba ini adalah, doorgift yg dalam kategori tersebut.  ;D

1- Cemilan Station 
Menawarkan harga kurang RM2.00 utk 2 jenis kerepek/makanan ringan yg lain dalam kotak yg rupawan seperti gambar dibawah.
tapi vendor nih kat batu pahat tau.. huhu~  so ada lah sikit delivery charge disitu kalau di luar kawasan jajahan yer..






2- Aisyhana cookies 
bahulu kemboja yg kalerful dan menarik. harga juga mampu milik walaupun order 1k pcs..no worries..aku pon pengantin bajet jer..no grand2..hehe..  ;D 
packaging pun x risau yer..mmg cantik printed full color kotaknya. kalau bagi satu nih pon dah cukup kat tetamu. besar pun besar, bole makan buat minum petang. 
vendor nih kat Rawang, yeah..  ;D



cantik pulak bahulu kaler pepel nih..ishk..  ;D sesape wedding theme kaler pepel, bole bagi yg ini..  ;D


3- oh mai wedding
yg nih agak2 menarik dan lain dari yg lain. jarang orang bagi jem mini, biskut aiskrim, tea set (set minum petang yg bukan berupa pinggan mangkuk yer) dan shower cream/body lotion travel size. kan..lain kan...harga pun insyaAllah mampu milik. hehe~ 
sebenarnya dia member aku. saje tolong promote bisnes member. hehe...






aku nih promote bisnes orang, mcm bisnes sendiri plak. haha~ saje je, berkongsi idea dengan pengantin to be yg lain. kot2 bole guna idea2 nih, alhamdulillah berguna gak apa yg aku taip nih. heee~

seperti yg aku tulis kat sebelah sana ------->
blog aku cuma utk sharing experience, sharing info utk pengantin to be dan tiada niat utk berlagak sumbung, menunjuk-nunjuk. aku nih kurang pandai menulis. tapi bercakap, bg kat aku, insyaAllah pass A1 ar.. so, kengkadang ada part2 karangan yg kurang menarik dan mengguris hati dan perasaan pembaca, saya minta maaf yer. sila tegur secara berhikmah. hehe~

walaupun aku mengimpikan indie wedding, tapi idea tu sekadar pada certain things sahaja, contoh deco dan idea. wedding aku tidak grand, duit tak berapa banyak tapi mengidam macam-macam nak buat time wedding tu. takde malam berinai, takde bilik pengantin kat umah parents, takde tukar2 baju 5-6 pasang, takde hantaran grand2 gila meletup-letup. takde. aku juz nak wedding yg sedara-mara sahabat handai attend dan makan-borak-enjoy-tangkap2 gambor-balik bawak doorgift-in that order. hehehe~

tak semestinya B2B bloggers weddingnya grand. ada yg grand, ada yg relek. ada yg pelamin tak sampai 2 ribu pun pernah dow..

so, lek lek jela.. sit back, read and enjoy this info sharing. ;D amik je lah apa yg nak amik. nak bagi credit suke hati, takmo pon takpe, wa takdehal pun.  ;D

Friday, April 22, 2011

personalized.

kalau personalized, customized, tapi orang simpan, oklah kan.

tapi kalau personalized, customized bagai2, tapi orang buang aje lepas tu. camne?
kesian kan?

bila nak kahwin banyak pakai duit. even sekecil chocolate bar wrapper tu pon, kalau satu kira beberapa sen, kalau utk 1000 tetamu, berapa dah? klau orang buang tu, dah macam buang duit.

kalau dah compare choc bar wrapper tu lagi murah gila beli luar dari yg personalized, kalau aku pilih yg beli luar. tak berapa banyak duit utk aku bazirkan utk semua yg tak perlu2.

//maaf, emosi. nih cuma pendapat aku. sebab rata2 utk personalized dan customized nih semua agak pricey. ada yg murah, ada yg pricey. aku kurang minat lah personalized nih, serius. aku sokong lagi DIY dari personalized. cane eh? citarasa masing2 kan? ikot lah  ;D

Friday, April 15, 2011

sesalan aku hanya, untukmu sayang~

menyesal aku tak start running pada usia lebih awal.
menyesal aku tak jaga makan, amalkan hidup sihat, lebih awal.
menyesal aku selalu nak turn to comfort foods apabila aku ada problem atau lonely.
menyesal, kali seribu.

bila aku dah start lari, baru aku tahu, seronok rupanya berlari nih.
tak susah sebenarnya nk jaga kesihatan.
dan utk kaum perempuan, tak susah sebenarnya utk kurus.

kalau aku start dari awal, tentu aku tak obes macam dulu.
kalau aku start dari awal, sure aku dah berdesup aje lari, tak tertinggal di belakang.
kalau aku start dari awal, sure aku enjoy life dengan lebih bermakna.

there is only one to thank.
thank you Allah, for giving this opportunity.

Wednesday, April 13, 2011

Wedding budget ;D

Macam mana mau kecik kan wedding budget?
read it here: http://sabsabby.blogspot.com/2010/05/wedding-cheats.html

credit to the blog owner. million thanks for the share  :)

antara tips2 menarik yg aku suka:-

1) wedding at dewan komuniti
- normally less than RM2K.
 
2) tables and chairs
- meja petak lg murah dan bole muat lebih ramai orang dlm satu masa.
- tak perlu chair ribbons. some vendors even charge RM3 each.
 
3) centrepiece
- go easy and minimalist, she just letak kurma and a small flower arrangement on the table, but still looks nice!
 
 

Monday, April 11, 2011

bajet.

semalam aku cuba draft2 bajet kahwin dari merisik, tunang, nikah dan majlis.

sampai harini aku termenung dan emo sengsorang, camne?
=.="""

Friday, March 25, 2011

cuak japs.

cuak weh sekejap sebab takleh xs gmail accounts and blog. damn..

nasib baik lepas tu dah bole. tapi kene report lah kat blogger support dan google support.
i guess maybe i did not log out from my account on my never-turn-off pc at the office.
so they suspected unusual activities from my account. dah tu pulak, aku xs from phone lah plak kan.

next time, LOG OUT!

Thursday, March 17, 2011

my first challenge.

Hari ahad lepas, selepas sahaja larian aku tu, si dia ada terima panggilan dari bapak dia yg mengatakan ada pertukaran tarikh.

pergh! aku dah rancang baik nih haa. nak tukar tarikh plak. dia terus cakap kat aku, tapi aku cam, buat tak endah. dalam hati rasa sedikit sakit, gitew.

pastu, aku pon start cakap balik kat bapak aku hari isnin lepas.
'hujan' turun laju nih.

bertekak punya bertekak dengan dia. aku cakap kenapa tukar tarikh, dia explain. marah2. campur plak aku tgh heavy period. mak oih..memang bertambah2 laa berapi! (bole bagi alasan ni?)

aku pening gila. memula nak buat bulan doblas. abah aku tak setuju.
abah cadangkan buat cuti sekolah, bulan 3 sebab diorang nak buat cuti skolah kan.

adik-beradik abah aku pon banyak yg cikgu. so, yeah, elok juga buat cuti sekolah, kata abah.

so yeah, bulan 3 that is.

aku sedih, sebab lambat.
plus, aku kira2, dah seribu ringgit gak ah aku habis buat preps kot. aku dah beli baju, kain buat baju, sampin dia, doorgift. mana lah aku tak marah kan. bulan nih mmg habis licin ah!

tapi, sebentuk cincin pon lom ada lg nih kat jari aku nih. haa..cane tu?

mana lah aku tak marah, frust, sedih beb...

tapi, aku nak perpanjangkan cerita pon buat apa. yelah, fokus pada masalah, mmg takkan selesai klau tak fokus pada penyelesaian.
so, harini, pagi2 ngan muka peek mata sepetku yg melalak beria semalam, aku call dewan.

reschedule memula ke 18th, Sunday.
dia call bapak dia, bapak dia taknak.

ok. then aku call dewan skali lagi suh  anjak ke 17th, Saturday.
so Saturday 17th that is.
siap orang dewan tu tanya, CONFIRM yer..
aku jawab: kalau tak confirm gak, aku lari kahwin kat Thailand weih.. :P
haha. jk. gilor...

nikah, Jumaat lah kot.
cane tu? camne aku nak cari photog dan MUA yg available hari jumaat, unless dorang memang takde keje lain lah, dok wat tu aje...

fuuu..cabaran...

tu pon aku tak finalize lg ngan bapak aku nih nikah bila. tapi bapak aku kata OK je nikah Jumaat.
tapi masalah plak bapak aku nak nikah PAGI yow~

haaaa. gitu lah.

lepas nih tatau nak berperang apa lagi dah. mungkin berperang nak nikah bila plak kot.
tak kira laa. pagi jugak2. sapa ada, ada lah. sapa takde, takde lah yer... harap maaf.

Tuesday, March 15, 2011

taking a break.

bukan taking a break between us yeah. tulung..minta simpang.

tetiba bapak dia minta ubah tarikh. nak buat cuti sekolah bulan 12. ahmat dahsyat sekali emo ku karena aku dah book dewan haritu kan. jadinya, aku cakap aku OK, tapi, ada syaratnya.

syaratnya: aku minta ayah dia cari dewan yg abah juga setuju. yg lain, bole susun nanti.

abah aku agak kurang setuju dewan jauh dari rumah aku. haritu aje aku dah kene marah sebab dia tak setuju aku nak book dewan TTDI.

ayah dia plak nak buat time cuti sekolah. semua sedara dia kat penang boleh turun, senang.

habis tu cane ni?

tah lah.
aku berserah.
kalau dapat dewan, aku setuju. tak dapat dewan, aku membantah lah usul tersebut.

still, dewan taman tasik ampang hilir tu aku book dulu.
yg lain, ada duit bole jalan, takde hal kut.
lagipon bukan banyak beza pon. bulan 12 dan bulan 1. hmm...

dan yg buat aku agak sedih adalah, aku memang takde sen gila babas tahap cipan.
duit simpan dah guna duit tu ini dah guna. semuanya utk wedding.
tak ke nangis?
bulan nih, aku mkn roti, oat dan lauk yg agak sedikit. limit perbelanjaan aku sehari adalah RM7.
tu pon tak campur transport tu.
ada lah seminggu kot terpaksa naik bas, dah takleh naik teksi.

kalau aku tahu nak ubah tarikh, takde lah aku haritu book dewannnn.

(geram sikit)

haih...kerja agak challenging dengan developments after developments. omg.
tah lah. pening.
period plak tu.

so, aku pon take a break sekejap minggu nih dari tanya2 emel wedding vendors.

skang, aku malas nak bukak b2b blog, aku bukak runners blog plak. since, i will be doin my first half marathon this june, jadi, aku nak bersedia tu dulu. lain2, tengok kendian.

penat ya rabbi. quarter marathon last weekend. half marathon, tatau laa camne gaya.

oh btw, update terbaru adalah.
1) beg kertas utk VIP gift time sanding dah dibel. bole? awal maut. cuma tinggal riben dan wrapping paper cantik utk melengkapkannya.

2) dewan sudah book. dah bayar deposit dan sebulan sebelum kahwin kene bayar balance, utk melengkapkannya. cewah gitew..!