Showing posts with label lari. Show all posts
Showing posts with label lari. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

masih gear satu utk E-day preps.


Akhirnya, aku berjaya menghabiskan dara half marathon, 21km @ SCKLM 2011 with a sub-3 timing! yippeedoo~
kalau nak compare dengan timing orang2 yg dah biasa lari dan tidak mempunyai berat badan berlebihan, aku memang agak ke belakang. Tapi, for a first timer, that is my PB (Personal Best)! weehoo.

Gun time: 2:52:58
Net time: 2:51:49
Split 1:    1:15:33
Rank: 366 out of 955 21K Women Open category.

Im no longer half marathon virgin! woohoo~

Next half marathon will be... I hope Penang bridge International marathon. Sudah daftar..tinggal nak angkat bontot and pergi jer. hehehe~ :D

Im so glad of my performance walaupun masa tu kaki sangat2 buat hal. Terpaksa pujuk kaki jgn jalan, larilah sayang, lari...jgn berhenti.. huhu~

I would like to thank Mr Other Half, my running family: Adination of Runners, Shah Alam and everyone that has been supporting me in this. I cant thank u enuff :D

Ok...........
next is E-day preps update.
(masih di gear satu..harap2 tak jadi fiance-zilla, aku nih)

Makanan/Minuman: Abah kata nak buat nasi Arab + kambing. Tau tau, bapak aku memang bercita-cita tinggi sikit. Anak sulung katakan. Siap kata nak buat rewang tu, sebab katanya, tak buat rewang kat blok utk kahwin, kita buat time tunang. Aku? ok aje, asal abah belanja. (Tapi belanja2 pun kene hulur gak beb kan? )

Jemput-jemput-an: Jemputan, hanyalah family-family terdekat sahaja. Maaflah.. korang datang aku nye kenduri aje nanti ek. soweee..tak buat besar2.. segan lah. takot pon ye gak..

Doorgift: Memula aku nak kasi muffin aje. Sekali abah cakap, nak bagi surah Yassin. OK. Dua benda berbeza tu dan agak-agak macam mana lah nak campurkan... Abah kata tambah lagi satu barang. OK. Apa tah barang nak tambah? Tasbih lah kut? Apa lagi yg sekufu dengan surah yassin tapi tak memerlukan bajet da bomb? hm...
Surah Yassin nih of cos laa takleh letak dlm paperbag. takot orang tak nampak dan tersepah-sepahkan. So, i decided to put it in a clear plastic bag, so that people know it is surah Yassin..

Attire: Planning gwa nak pakai kebaya kaler plum and gold. Al-kisahnya kebaya nih aku beli utk pakai sesaje waktu badan dah start slim down dulu sebagai motivasi. simpan punya simpan tak pakai2 gak. yelah, kebaya nih bukan jiwa gwa. gwa jiwa mau rock. kalau kenduri kahwin tu klau bole gwa nak blasah pakai jeans and tshirt je kalau bole. tapi, nanti konfem kene sepuk ngan abah gwa. jadi gwa kensel. mesti pakai baju kurung lah. hehe~

Kasut tunang: Ada, ada.. (gedik kan!) dah beli kat Agape Boutique. :) kaler camel brown, gittew... rupa? nanti tengok. hiks.

Photog: InsyaAllah menggunakan khidmat kawan baik. :) Maceh Abang Umph. I lebbiu ketat-ketat.

Venue: Rumah gwa.. :D

Barang hantaran & such: Barang hantaran gwa dah beli dah. Tinggal nak belikan mamat tu kasut, seluar dan shirt satu. Macam cantik pakai baju melayu pada hari pertunangan, tapi..hmmm.. tah lah. aku rasa aku suka simple tapi indah je kut - pakai seluar cotton pants ngan shirt lengan panjang berlipat. KELAS, details mak~ :P
Rasanya gubahan hantaran, DIY bersama rakan dan adik beradik lah kut?
konsep dan tema: mungkin fresh flower moden minimalis, ruby+grey (kelas! hamek kauuuu~ :P ) InsyaAllah hujung minggu nih aku nak try testing DIY satu. :)

macam biasa, planning memang berdegau-degau. buatnya lom lagi..hohohoho.. harap2 jadi arh..

Utk dia:-
-Sampin [settle]
-Baju & Seluar [baju dah, seluar pending]
-Kasut kelije [pending]
-Sirih junjung [pending]
-Makanan (cheese tart kot? :P ) [pending]
-Phiten Rakuwa Necklace & Cincin [setel dedua]
-Solid State Drive(SSD) hard disk [setel]
(nih yg dia paling tunggu2. Siap dah pakai dah letak dlm pc. maklumlah, nak kahwin dengan gamer kene laa kasi barang2 utk gamer. Nyiaaampahhh~ :P )

Utk makcik nih:-
-Cincin & such [setel]
-Sirih junjung [pending]
-Altec Lansing Ipod dock/boombox (dah pakai dan suka sangatttt!) [setel]
-Adidas Sequence 4, customized running shoes (nih yg paling aku tunggu2...homaigod..bila nak siap nih weiii...hope dapat siap laa tepat pada masanya..) [pending]
-Makanan (maybe cupcake or nak stick-candy-apekenama-tatau-kat Pavilion-ada jual) [pending]

ok. i think that's all for now. :D huuuu~

Thursday, April 21, 2011

berat makcik turun 2 kilo lagi.

HOORAY!!!  ;D

berkat lari 30K seminggu nih. yes yes.. up lagi dan lagi. minggu nih susah skit nak capai.
isnin demam, selasa, rest, rabu ujan.
tinggal khamis, jumaat, sabtu, ahad.
sabtu nak berjalan-jalan pula, nak cari cincin risik. hiks. ofismet ajak datang majlis tunang dia. member poen ajak gi kahwin adik dia. susah skit nak slot in long run sebab takot penat sgt nanti, kesian buayafren aku.

ahad pulak, nak pergi pesta buku ngan adik aku.  ;D

so yeah. pack weekend again.  ;D
hope aku dapat log at least 20km this week.

Friday, April 15, 2011

sesalan aku hanya, untukmu sayang~

menyesal aku tak start running pada usia lebih awal.
menyesal aku tak jaga makan, amalkan hidup sihat, lebih awal.
menyesal aku selalu nak turn to comfort foods apabila aku ada problem atau lonely.
menyesal, kali seribu.

bila aku dah start lari, baru aku tahu, seronok rupanya berlari nih.
tak susah sebenarnya nk jaga kesihatan.
dan utk kaum perempuan, tak susah sebenarnya utk kurus.

kalau aku start dari awal, tentu aku tak obes macam dulu.
kalau aku start dari awal, sure aku dah berdesup aje lari, tak tertinggal di belakang.
kalau aku start dari awal, sure aku enjoy life dengan lebih bermakna.

there is only one to thank.
thank you Allah, for giving this opportunity.

Thursday, April 14, 2011

makan mileage, jom...! ;D

bukan entri kahwin mawin..

malam tadi lari 14km beb around Shah Alam. hoho..walaupun aku selow mcm siput, tapi takpe aku puas ati dan rasa nak wat lagi dan lagi. grup ANR Shah alam pon sempoi dan supportive. walaupun siputs dan habiskan run dlm masa 2 jam, dorang sanggup tunggu sampai sudah. thanks lah! i love u ols..!

so far aku rasa aku bole improve timing lagi. semalam tu sbb dengan tatau jalannya, dan takde langsung org yg pace ngan aku. kereta pon banyak, kene sgt berhati2. lalu plak tengah bandar ngan traffic light nya, kene gak tggu kereta clear baru lintas. aku pon first time baru nk coba-coba lebih dari mileage yg aku biasa. tapi habis lah jugak kan? hokei sgt laa tu..  ;D

takpe, next time aku dah tahu route. aku akan teruskan sampai berjaya. skang pace 8, aku target pace 6 by end of year. kene buat some speedword / speedplay lagi so that bole bukak jantung aku bagi besar. (literally)

sebab habis pon lambat, lantas aku pon minta encik teman tapi mesra a.k.a. Mr. T.o.H utk amik dan anto balik rumah. terima kasih atas pengorbananmu. aku hargai sgt sgt sgt kali sejuta, ok!  ;D love u lah~ ;)

Friday, March 11, 2011

harini nak book dewan, yeay!

tu je lah. aku dah pening.

keje banyak gila. system enhancements, work journal's wall nak kene tulis dan meetings to attend.
system testing lagi.

lari, ahad nih ada lari. Bareno. omg. berapa kali aje aku berlatih, takot siot.

kahwin. ahhh...kahwin.
dewan nak book, kursus kahwin nak gi dah akhir bulan ni. apa lagi. oh...

pening, oh pening.
aku nak baham nasi kambing mendy selepas 10K Bareno aku. huhu~ :P