Wednesday, July 25, 2012

twas.

twas january, now its july.

im married and expecting.

sebenarnya, aku ingin buat blog ini sebagai panduan bride di luar sana. tapi...

hahaha hajat tak kesampaian kot. terlalu sibuk dengan tugas harian di pejabat.

but now i have time, so how? ok, update laju2 dengan gambar. ok?


jika ada apa2 mahu ditanya, layangkan emel ke: mistic.bliss{at}gmail{dot}com




my non-fresh flowers diy hantarans






my diy sailormoon-ish felt handbouquet


my diy flower pots - made from tin susu  ;)

popcorn as the doorgift

kids doorgift



my diy cute groom and bride chair sign. ;)







awesome pics by hafizudin hamdan
pretty makeup by anna sweetmaniac
beautiful reception dress/kurung moden by zattera apparel / me for the kain
handsome tailored reception jacket bought in plaza city one, jln tar
cute pelamin by simplycipta
sweet doorgift by hijrah crystal / for kids sponsored by my cuzzen, liyana
comfy yet stylish shoes by agape boutique
nice nikah outfit by a tailor in PJ / me for kain / tudung by diyang azura


i think thats all. ;) see u when i see u again :)



Friday, January 27, 2012

nikah date confirmed, woohoo~

mula-mula aku baca ada sorang B2B punya entry pasal susah payah jerih perih buat prosedur nikah dan menyiapkan dokumen nikah. so aku pon terlebih paranoid as always dan mengingatkan itu ini kepada encik tunang. well, actually it does not as hard as it seems. just that u have to call the Jawi people and confirm, "do i need to this...do i have to do that..etc "

ok, the first step, lelaki kene setelkan dokumen nikah dorang dulu. encik tunang's journey was not as smooth as we have expected. Memula gi MAIS, pastu kene tolak sbb kata alamat IC dia dalam kariah Klang. So kene gi amik borang kat PAID Klang. Dah sudah amik borang, isi... *yang nih aku isi kan..mungkin lalaki mempunyai sifat yg tidak suke isi borang sangat, no?"  :P

ok, pastu dia kene potostet laa ic lah, kene bawa saksi borang lah itu ini lah. mengikut checklist lah. kalau dah amik borang tu, of kos dia kasik checklist sekali. dalam checklist ada macam-macam dokumen kene lampirkan. so lampirkan laa pape yg berkenaan.

sesudah itu, dia kene jumpa PPN. PAID plak salah kasi PPN. En tunang nih sudah panas and then dia call lg satu PPN yg betul yg seken time PAID kasik tu. yennadey, apa macam buleh salah kasik plak laa.. :P

PPN tu Penolong Pendaftar Nikah. Tak susah, PPN nih kene pastikan all d docs required are there, chop, sain dan off u go to PAID back to get the kebenaran berkahwin. :)

kene ingat, kalau JAIS kene potostet borang jadi 2 copy borang. sila buat awal2. ini pun encik tunang tak buat, so he had to potostet em all and come back again. hehehehe. :P

Laki ai JAIS. Ai Jawi. 

So Jawi punya... memula aku donlod aje borang2 kat jawi punya website. Lepas donlod, isi lek lok. Oh yea.. Borang 1 tu kene isi dalam dua salinan. bukan potostet, tapi isi kan borang yg sama dua kali, aite. Again perhatian, sila tinggalkan part2 yg nak kene sain oleh pemohon dan sain wali itu. kene sain depan PPN.

berlainan ngan Jais, dorang nak saksi borang. jawi tak perlu... :D

lepas tu aku telepon itu jawi people tanya sapa PPN kawasan aku. Aku dok Desa pandan. klau tengok dlm website jawi kat senarai masjid tu, masjid yg aku nak nikah tu, masjid dekat ngan umah, iaitu masjid Ar-Rahimah, Kg pandan, yg berada di Zon 3. So, the kind jawi people has given me the number of the PPN at my area. Dia memang stationed kat masjid ar-rahimah tu. so no worries call bebila mau datang. 

lepas dia chop sain, dia letak dlm buku apointment dia bila date aku nak nikah. ust zakaria (PPN tu) dia bekerja, so takleh laa kalau weekdays hangpa nk nikah waktu pagi hari. haruslah weekdays semua lepas Asar onwards. :) so take note, kalau PPN hangpa bekerja, klau nk jugak nikah pagi, nikah le sabtu ahad sahajor. :P

lepas tu, dia pon klipkan apa2 yg kita perlu submit di Jawi nanti. *step nih aku lom buat, im still malas, idk why... :P * 
but mengikut prosedur Jawi, (ada buku panduan NCR (nikah cerai ruju') kat website jawi, bole dload and baca) bila dah submit ke PPN, submit ke jawi, bayar rm25, and then mereka akan keluarkan kebenaran berkahwin.

selepas gi jawi submit, dapat kebenaran berkahwin, gi anta kat PPN balik. lepas anta PPN, dia akan sediakan ada a few docs. macam PPn aku dia kasik cth, dia taipkan dan printkan lafaz nikah tu, just in case takut2 pengantin lelaki gugup/terbabas ker..hoho.. nice nice. :)

and there u go. actually kene go back and forth, but takyah paranoid yo brides. just call em when u need em advice. dload buku panduan NCR, and then baca prosedur2 utk memohon kebenaran berkahwin. Jawi nih senang, semua ada dlm website dia, which deserves a double thumbs up. MAK SUKER..! sebab aku memang keje dok depan pc, so, its easier kalau masa2 senggang, aku layari website and baca, rather than keluar ulang alik pejabat agama. :) i really dont like traffic jam. :P


Monday, January 16, 2012

tea with the S = teas.

tho today is not a wordless wednesday. :)

-ordered a bunting from Cheap Cheap. Super satisfied with the outcome :)

-made a few tissue flowers and the result is super wow. :D

-made 20pcs of headbands for the kiddos to wear on the wedding day. the end product is super awesome.

Friday, January 6, 2012

kot silang, jalan silang.

aku tak gemar sangat kot silang. aku survey2 tengok-tengok banyak pengantin lelaki yg pakai kot silang macam terseksa. jalan bongkok whatsoeva. especially yg badan keding sikit. Yg berdada bidang, berbadan tegap dan sasa, aku rasa ok laa kot kalau pakai kot silang nih. seriously, aku rasa lebih baik lagi lelaki pakai yg one piece, tanjak, baju masuk dlm sampin, bengkung, seluar - settle beb. kalau kot silang bagai, aiyo, rimas dan kurang kemas.

RASA AKU... rasa korang semua tatau lah.

aku bukan taste tinggi pon. just aku anti tidak kemas. tu aje.. :D

basically aku punya inspirasi utk mendapatkan baju laki aku adalah seperti berikut:-





credits ada pada gambar2 tersebut. minta izin yer tuan punya busana. :)

ada sapa2 tahu butik2 sekitar KL yg menyediakan sewaan baju utk lelaki bersaiz L, busana berwarna off-white? penat dah carik kat FB. lagi satu, jarang butik pengantin letak gmbr baju pengantin lelaki berposing solo. pasal apa pun, aku tatau. :(

Thursday, January 5, 2012

Pengapit Kapitan Kuih Kapit.

Serius aku takot nak tanya sesiapa utk jadi pengapit aku.
yelah, meleis kan suka cakap kalau jadi pengapit, nanti lambat kawen.

Aku pernah jadi pengapit close fren aku. dan alhamdulillah, selepas tu aku lak menyusul nak naik pelamin. So salahlah meleis people kata jadi pengapit kang lambat kawen.
Jodoh kan kat tangan Allah. Biar Dia buat kerja dia, kita buat kerja kita, ye dak?

So, sapa yg akan kapit aku time aku naik pelamin nanti?

Tuesday, January 3, 2012

i can scratch...

i can scratch "homestay" out of my to-do list.

now pending:-


-flower gal outfits
-rela
-dokumen nikah
-baju sanding b
-pengapit & baju
-4 mics for performance
-bantal nikah

Friday, December 2, 2011

last published august, and now it's DECEMBER, yaw~

Been a while.
Haha.
Jamu mata gambar di bawah ok. 


















details:-
doorgift:
-1 pc muffin from gardenia
-1 box kuih raya (sample adik aku berniaga kuih raya, haha!)
-1pc mini surah yassin by Onie Astura Favor Box 

Baju:-
-his: dark purple baju melayu
-hers: dark purple kebaya + kain gold and detailings on baju also in gold
-DIY bunga yg lekat kat tepi kepala tu. hehe.. klu tak, kosong sgt plak kan.

Hantaran:-
-as per mentioned earlier + deco fresh flower from Floristika

Mini pelamin:-
-my lovely sis yg buat dan hiaskan. yg bestnya, karpet tu pinjam jiran. tak sempat beli karpet best.

Mekap:-
my ofismate, Zanora. Email me if interested.
RM150 aje for mekap tunang yg cantik dan berkualiti.

Photographer:-
My fren, Umar http://plenitudephotos.blogspot.com/


p/s: sebenarnya macam geli geleman aje letak gambar sendiri kat sini. haha.. tapi tah...ni lah purpose blog nih kot. takde purpose lain. melainkan sharing apa yg aku rasa besh utk dishare. hahaha~

ahh.. sunguh sengal gambar2ku. tapi nk delete dr post nih, mmg tak laa. haha :P