Monday, March 28, 2011

DIY: cake topper siap. heh~

siap sudah cake topper ku!

gigih haritu membelek bersama adikku di rumah. sampai tak tidur lah!  hehe..

hasilnya. (maaf kualitas gambar kurang baik, pakai henfon je tangkap)



kalau tengok bebetul, ada yg herot, senget bengot, tak kemas siap..nih belum final cut.
of cos laa yg terindah je akan berada atas kek kahwinku nanti.  ;)

kualiti output semuanya tergantung kepada skill asas menjahit, dan bentuk love yg digunting tu. kalau ala-ala tgh sakit hati, makanya, herot lah love tersebut. ehhe..

bahan-bahan:-
- kain felt
- lidi sate
- pelilit berwarna tiffany blue
- reben satin berwarna tiffany blue
- fiber utk sumbat dlm felt love (ambil dari bantal yg telah tidak digunakan lagi)

kos pembuatan:-
- kain felt semeter RM7. Dibeli di Bunga reben, city one plaza. yg dah siap beberapa kuntum nih cuma pakai tak sampai suku. banyak lagi lebih. ingat nak buat "garland", mesti cumil  ;)

- lidi sate: FREE. ada aje kat umah stenbai nak nyalakan oven dapur.

- pelilit berwarna tiffany blue: RM1.20 di kedai yg sama.

- reben satin berwarna tiffany blue (size paling kecil) RM0.70

- fiber. FREE. adik aku berjaya carik bantal yg tidak digunakan lagi utk ditogelkan.  ;) tapi ada aje kat kedai yg sama, RM12.50 utk setengah kilo, kalau mahu.  ;D

cara-cara:-
- cari template (online) dan print pada kertas. selepas tu, tekap template tadi pada kertas keras dan gunting.

- tekap plak templet kertas keras pada kain felt dan lukis dengan pensel/pen.

- gunting dan jahit. jahitan yg digunakan: sembat / insang pari / jelujur / sukahatimaklu nak jahit camne. pastikan tak terjahit sekali hujung love tu pasal nak letak lidi. tinggalkan sedikit ruang. utk lidi. jangan lupa juga utk tak jahit semua sekaligus. tinggalkan sedikit ruang utk sumbat itu fiber dalam.

- lidi yg telah dililitkan dengan pelilit, cucuk dlm love yg telah disumbat fiber dan dijahit separuh.

- jahitlah sampai habis love tersebut.

- jahitlah sampai lebam dan sampai penat atau sampai habis bahan2 nak buatnya.  ;D mcm aku, kol 6 pagi baru tido. hoho..

*****

PAPER LANTERN.
haritu pergi beli paper lantern dengan si dia. hehehe..
actually beli pon sebab nak deco pelamin dan walkway dan arch.
kos:- RM94 for 28pcs of various sizes and colors of paper lanterns.  ;D

reference for the paper lantern shop. (million thanks for sharing!)

http://sarahsayangjiman.wordpress.com/2010/07/17/1319/

http://anaille.blogspot.com/2010/05/wedding-finds-in-petaling-street.html


inspirasi:-







inpiring pics of garland  ;D


disclaimer:- these are not my pics. it is either i got it from google or the bride blogs that i surf on daily basis.

// + //

details kedai yg jual paper lantern:-
nama kedai: Liew Fah Trading Sdn Bhd
alamat: No. 10, Jln Panggong, 50000, KL.
telefon num: 03-2078 4863 / 4854
Emel: liewfah@yahoo.com

kedai dia ada bidai kayu warna kuning tulis the basket shop.  ;D

Friday, March 25, 2011

cuak japs.

cuak weh sekejap sebab takleh xs gmail accounts and blog. damn..

nasib baik lepas tu dah bole. tapi kene report lah kat blogger support dan google support.
i guess maybe i did not log out from my account on my never-turn-off pc at the office.
so they suspected unusual activities from my account. dah tu pulak, aku xs from phone lah plak kan.

next time, LOG OUT!

Wednesday, March 23, 2011

Inspirasi: wedding cake & cake topper.


i lost the source from where i got this photo. it was one of the inspired wedding website that i browse through on a daily basis. sorry  =.="

bestnya kalau buat macam ni. bincang2 dengan si dia, dia kata ok dan cantik.

semalam masa tunggu2 bas utk balik ke rumah, sempat google famous love quote.
pastu, balik tu, terus call dia and tanya yg mana yg cantik quote dia.

insyaAllah, nak buat quote nih:-

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart."

thanks to Helen Keller for this beautiful quote u've made.

deco kek sudah decide. tapi vendor kek nya belum. lama lagi kuts. heheheh..

decisions, decisions.

how many tier? 1 tier / 2 tiers / 3 tiers?
how is the shape? rectangle / round / other shapes?
color? white / theme colored.
icing? royal / fondant / buttercream?
flavor? butter cake alone / butter cake layer / fruit cake?
vendor?  =.="

some of other inspiration of cake toppers and wedding cakes that i like.





credits to: http://www.intimateweddings.com/blog/valentines-day-wedding-details-we-heart-it/

and of cos, the ultimate search engine, Mr google. ;D



dalam banyak-banyak B2B...

aku suka gila dia.

here's the URL.

http://sabsabby.blogspot.com/

baca dia membuatkan aku tenang. serius dengan segala humbleness, aku rasa dia B2B blog terbaik setakat ini.  :)

Tuesday, March 22, 2011

kursus kahwin + survey pelamin.

minggu depan satu lg (2&3 april), kitorang nak gi kursus kahwin, yall~


deets below:-


Nama: Mahligai Firdaus
URL: http://www.kursusperkahwinan.net
Contacts:-
Cikgu Wan: 013-6046333
Office: 03-42522067


Tempat: Wisma Prima Peninsula, Bersebelahan MBB dan BSN SETIAWANGSA
Tempoh Kursus: 1 1/2 Hari
SABTU : 10.00 Pagi - 7.00 Petang
AHAD : 9.00 Pagi - 1.30 Petang


Bayaran Kursus: RM 80.00 utk makan+minum+modul kursus.


Pakaian Lelaki: Menutup Aurat dan Sopan
Pakaian Perempuan: Menutup Aurat Dan Bertudung


Dokumen Yang Perlu Dibawa: 1 Keping Salinan Kad Pengenalan




antara yg menariks (kat website dorang):-


  • KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGANKUTAN PERCUMA DARI LRT PUTRA SETIAWANGSA - TIADA CAJ
  • BORANG UJIAN HIV SERTA SENARAI PANEL KLINIK - BOLEH DI PEROLEHI DI SINI
  • SENARAI JURUNIKAH UNTUK KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
  • KHIDMAT KAUNSELING SELEPAS KURSUS PRA PERKAHWINAN - 24 JAM
  • KAMI JUGAK MENJUAL BARANGAN SOUVENIR PERKAHWINAN YANG TERKINI - PESERTA MAHLIGAI FIRDAUS DI BERIKAN POTONGAN SEHINGA 20%


********


tadi view2 tgk vendor mana yg menarik pelamin dia. memang banyak dah skang vendor yg kreatif dan tidak KAYGEE (kg. aka kampung) dalam hiasan pelaminan.


tergerak hati nak tanya satu vendor nih, memang cantik maut siap konsep mat salleh yg sgt kontemporari. ish pokok pangkalnya mmg cantik lah. aku view lah facebook dia, sekali terjumpa satu album deco dorang.


aku pon emel lah dorang tanya berapa quotation utk the whole deco tu.
dapat balasan, agak segera lah.


sekali....RM13 ribu.


terus aku mengusap dada, meraup muka.
13k utk pelamin and other deco. aisehmen... tak pe lah.


at last aku minta dia quote berapa utk apa yg aku perlukan sahaja.
pelamin, deco main table, deco VIP table, walkway.


err..mungkin aku nk mintak sikit sgt kots.
tak balas lagi. hehe. takpelaa...

daiso outlet

banyak yg aku research, kat daiso nih bole jumpa macam2 yg menarik.
contoh, felt fabric, round paper lantern, cute craft punchers etc. konsep kedai Daiso nih lebih kurang macam kedai RM5 laa. semuanya RM5  :)

Name:Kota Kinabalu
Address:Unit No S-101a, 2nd Flr,1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah,Malaysia.
Floor area:6,889ft2(640m2)
Opened:7 June 2008
Name:Curve
Address:Lot 209,210,211,212 2nd Floor6,Ja;lan pju 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling jaya,Selangor Malaysia
Floor area:6,456ft2(600m2)
Opened:13 December 2008
Name:MELAKA
Address:Fl-30,Level 1,Dataran Pahlawan Melaka Megamall,Jalan Merdeka,75000 Bandar Hilir,Melaka Malaysia
Floor area:6,036ft2(561m2)
Opened:24 February 2009
Name:IOI
Address:BAIFU (M) SDN BHD Lot ES 1A, Second Floor, IOI Mall,Batu 9, Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor, Malaysia.
Floor area:7,554ft2(702m2)
Opened:28 March 2009
Name:Bukit Bintang
Address:Sungei Wang Plaza,Jalan Bukit Bintang,55100 Kuala Lumpur
Floor area:5,079ft2(472m2)
Opened:12 September 2009
Name:Johor Bahru
Address:No8, Jalan Inda 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Darul Takzim
Floor area:10,868ft2(1,010m2)
Opened:1 November 2009
Name:One Utama
Address:DAISO 1-Utama LG308e, LG Floor, Bandar Utama City Centre Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
Floor area:6,812ft2(633m2)
Opened:17 March 2010
Name:Palm Square
Address:P4-P7th Floor, CPS Tower Centre Point Sabah No.1 Jalan Centre 88000 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
Floor area:3,562ft2(331m2)
Opened:24 April 2010
Name:JUSCO MELAKA
Address:LOT-S33 . NO.2 Jalan Legenda, Taman1-Legenda,75400,Melaka,Malaysia
Floor area:11,363ft2(1,056m2)
Opened:15 June 2010
Name:Sunway Pyramid
Address:Sunway Pyramid Shopping Mall No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
Floor area:5,187ft2(482m2)
Opened:2 October 2010

Thursday, March 17, 2011

my first challenge.

Hari ahad lepas, selepas sahaja larian aku tu, si dia ada terima panggilan dari bapak dia yg mengatakan ada pertukaran tarikh.

pergh! aku dah rancang baik nih haa. nak tukar tarikh plak. dia terus cakap kat aku, tapi aku cam, buat tak endah. dalam hati rasa sedikit sakit, gitew.

pastu, aku pon start cakap balik kat bapak aku hari isnin lepas.
'hujan' turun laju nih.

bertekak punya bertekak dengan dia. aku cakap kenapa tukar tarikh, dia explain. marah2. campur plak aku tgh heavy period. mak oih..memang bertambah2 laa berapi! (bole bagi alasan ni?)

aku pening gila. memula nak buat bulan doblas. abah aku tak setuju.
abah cadangkan buat cuti sekolah, bulan 3 sebab diorang nak buat cuti skolah kan.

adik-beradik abah aku pon banyak yg cikgu. so, yeah, elok juga buat cuti sekolah, kata abah.

so yeah, bulan 3 that is.

aku sedih, sebab lambat.
plus, aku kira2, dah seribu ringgit gak ah aku habis buat preps kot. aku dah beli baju, kain buat baju, sampin dia, doorgift. mana lah aku tak marah kan. bulan nih mmg habis licin ah!

tapi, sebentuk cincin pon lom ada lg nih kat jari aku nih. haa..cane tu?

mana lah aku tak marah, frust, sedih beb...

tapi, aku nak perpanjangkan cerita pon buat apa. yelah, fokus pada masalah, mmg takkan selesai klau tak fokus pada penyelesaian.
so, harini, pagi2 ngan muka peek mata sepetku yg melalak beria semalam, aku call dewan.

reschedule memula ke 18th, Sunday.
dia call bapak dia, bapak dia taknak.

ok. then aku call dewan skali lagi suh  anjak ke 17th, Saturday.
so Saturday 17th that is.
siap orang dewan tu tanya, CONFIRM yer..
aku jawab: kalau tak confirm gak, aku lari kahwin kat Thailand weih.. :P
haha. jk. gilor...

nikah, Jumaat lah kot.
cane tu? camne aku nak cari photog dan MUA yg available hari jumaat, unless dorang memang takde keje lain lah, dok wat tu aje...

fuuu..cabaran...

tu pon aku tak finalize lg ngan bapak aku nih nikah bila. tapi bapak aku kata OK je nikah Jumaat.
tapi masalah plak bapak aku nak nikah PAGI yow~

haaaa. gitu lah.

lepas nih tatau nak berperang apa lagi dah. mungkin berperang nak nikah bila plak kot.
tak kira laa. pagi jugak2. sapa ada, ada lah. sapa takde, takde lah yer... harap maaf.

Tuesday, March 15, 2011

taking a break.

bukan taking a break between us yeah. tulung..minta simpang.

tetiba bapak dia minta ubah tarikh. nak buat cuti sekolah bulan 12. ahmat dahsyat sekali emo ku karena aku dah book dewan haritu kan. jadinya, aku cakap aku OK, tapi, ada syaratnya.

syaratnya: aku minta ayah dia cari dewan yg abah juga setuju. yg lain, bole susun nanti.

abah aku agak kurang setuju dewan jauh dari rumah aku. haritu aje aku dah kene marah sebab dia tak setuju aku nak book dewan TTDI.

ayah dia plak nak buat time cuti sekolah. semua sedara dia kat penang boleh turun, senang.

habis tu cane ni?

tah lah.
aku berserah.
kalau dapat dewan, aku setuju. tak dapat dewan, aku membantah lah usul tersebut.

still, dewan taman tasik ampang hilir tu aku book dulu.
yg lain, ada duit bole jalan, takde hal kut.
lagipon bukan banyak beza pon. bulan 12 dan bulan 1. hmm...

dan yg buat aku agak sedih adalah, aku memang takde sen gila babas tahap cipan.
duit simpan dah guna duit tu ini dah guna. semuanya utk wedding.
tak ke nangis?
bulan nih, aku mkn roti, oat dan lauk yg agak sedikit. limit perbelanjaan aku sehari adalah RM7.
tu pon tak campur transport tu.
ada lah seminggu kot terpaksa naik bas, dah takleh naik teksi.

kalau aku tahu nak ubah tarikh, takde lah aku haritu book dewannnn.

(geram sikit)

haih...kerja agak challenging dengan developments after developments. omg.
tah lah. pening.
period plak tu.

so, aku pon take a break sekejap minggu nih dari tanya2 emel wedding vendors.

skang, aku malas nak bukak b2b blog, aku bukak runners blog plak. since, i will be doin my first half marathon this june, jadi, aku nak bersedia tu dulu. lain2, tengok kendian.

penat ya rabbi. quarter marathon last weekend. half marathon, tatau laa camne gaya.

oh btw, update terbaru adalah.
1) beg kertas utk VIP gift time sanding dah dibel. bole? awal maut. cuma tinggal riben dan wrapping paper cantik utk melengkapkannya.

2) dewan sudah book. dah bayar deposit dan sebulan sebelum kahwin kene bayar balance, utk melengkapkannya. cewah gitew..!

Friday, March 11, 2011

harini nak book dewan, yeay!

tu je lah. aku dah pening.

keje banyak gila. system enhancements, work journal's wall nak kene tulis dan meetings to attend.
system testing lagi.

lari, ahad nih ada lari. Bareno. omg. berapa kali aje aku berlatih, takot siot.

kahwin. ahhh...kahwin.
dewan nak book, kursus kahwin nak gi dah akhir bulan ni. apa lagi. oh...

pening, oh pening.
aku nak baham nasi kambing mendy selepas 10K Bareno aku. huhu~ :P

Wednesday, March 9, 2011

apa nak cerits?

Pada hari Sabtu lepas, 5th of March, keluarga aku dan keluarga dia berjumpa secara kasual kat OTWC, Bangsar south. Kami pon berbincang lah macam mana gaya nak uruskan majlis apa semua. Apa yg telah ditetapkan adalah tarikh risik, iaitu, 30 April ini. dan bertunang, sebelum puasa. Aku tak ingat tarikh yg bertunang nih, tapi tu lah yg telah ditetapkan. Tarikh majlis pon bole dikatakan konfem lah. End of January 2012.

Makcik suka!

Punyalah nerves bercampur lapar pada malam tu, aku agak gopoh semasa makan. “keletak!” bunyi pinggan terangkat sikit waktu aku nak potong daging ayam tu. Cilako toi.
Bapak dia angkat kepala, adik dia pandang aku, dan dia pon pandang. Bole? Sorry! =.=”
Bukan itu sahaja moment of malu aku.
Tetiba brooch aku dari atas kepala terjun turun ke bawah secara mengejut. Semua perasan plak tu. Tak kaget aku? Haha.
Aku pon gigih amik balik and pasangkan. Sambil nak cover malu, aku agah-agah adik kecik aku tu. Haha.

Malu yaamats.

Perihal pemilihan dewan pula.

So far aku dah pilih 2 calon dewan. Tapi satu abah tak suka. Pemilihan dewan kene buat cepat. Sebabnya dewan kat KL nih, satu mahal. Dah mahal, kebanyakkannya tempahan hanya dibuka 6 bulan sebelum tarikh kahwin. Aku plak nak kawen January. Gila apa kalau bulan 6 baru nak bukak tempahan. Tak kawen makcik kang. Dewan kat KL nih kalau banyak takpe lah nak tempah last menet. Haishhh…
Sekarang masih mencari wedding vendors yg menarik. Catering, mekap, tukang jahit baju nikah, dan macam2 lagi.

Oh kursus kahwin…

InsyaAllah, first week of April aku gi. Dah book dah online. Lom confirm mulut aje lagi ngan orang tuh.