Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

mencari bunga pahar utk kenduri?

masa jalan2 ke blog pengantin baru, Puan Elya, terjumpa sharing dia yg ini. bunga pahar yg cantik serendah seringgit utk satu batang.
(thanks for the share, Elya)

Bagi aku cantik, serius. mmg terbaik lah siap bole request nak color apa.

so far bila aku tengok2 kat kedai2 kahwin nih, kebanyakkannya tak berapa nak cantik di mata aku..atau mungkin aku tak habis lagi survey, barangkali?

ada juga yg cantik, harga mak oi melampau plak. klau bole DIY sendiri, bagus juga. tapi, makcik nih tak berapa nak pandai lah DIY bunga pahar nih. bila pk pk balik serendah seringgit, mak oi...ok sgt kot. klau bunga kembang pon, lebih kurang mcm bunga pink nih, RM2 ea. memang berbaloi-baloi sgt.

selain bunga pahar, tuan kedai juga menerima tempahan, bunga tangan kristal dan bunga dulang :)
bunga tgn kristal dia sgt budget friendly!  :)

utk tempahan bunga pahar anda, sila ke:
http://thebunga.blogspot.com



Sunday, May 8, 2011

wedding card vs catering...

aku agak2 pening mcm mana nak bajet catering pax vs card yg keluar.
cth 500pcs kad kahwin keluar, berapa pax patut order catering?
macam-macam formula aku dapat waktu pameran pengantin edisi bajet kat Selayang mall.

formula 1 (ada orang post kat fb satu bridal nih): Kad kali tiga, lepas tu tolak 20% dari jumlah tersebut.

formula kedua, ada caterer cakap: kad kali 2.2

caterer lain cakap kad kali dua. tu standard. tapi, caterer tersebut memang akan ada tambah 20%.

let's visualize:-
kad aku: 800pcs (insyaAllah, still in discussion) dan kalau kali 2, = 1600pax for catering.

kalau ikot formula pertama, (800 x 3) - 20% = 1920pax

ikot formula kedua, 800 x 2.2 = 1760pax

ikot formula ketiga: (800 x 2) + 20% = 1920pax [but will only need to pay for 1600pax only]


lets say they charge me RM10 per head:-  (gross estimation)

ikot formula pertama: total = RM19,200

ikot formula kedua, total = RM17,600

ikot formula ketiga, total = RM 16,000


(membulatkan mata)

pertama.
ketiga-tiga formula tu ada beza beberapa ribu disitu. Kedua, kalau formula ketiga tu, aku boleh selit set pelamin mewah utk cukupkan RM20k. yg lain2 tu. Bayar utk 1600 pax tapi dapat utk 1900pax.

tapi, takot utk amik risiko. encik boifren plak cakap, dia nye sedara ramai.
mcm mana ek?
pernah sekali kitorang bincang2 nak buat sampai 2000pax.
but it is too much and of cos out of budget.

camne pengantin to be? share me your formula, pls..  :)

Thursday, May 5, 2011

henna artist vs make-up artist :)

aku tahu tarikh masih jauh, tapi aku dah book & bayar deposit awal2 utk henna artist dan make up artist.  :)

official photographer masih belum bayar deposit sebab dia kata 3 bulan nak kahwin baru bayar. lagipon deposit dia amatlah murah. RM100 aje kot klau tak silap.  :)

henna artist: depo RM50
makeup artist nikah + sanding: depo RM200
photog: cuma reserve tarikh. nanti pay depo RM100 three months before.

mengikut kata member aku yg also nikah pada tarikh hot-hot (cth macam cuti sekolah dan 10.10.10), pengantin to be kene lah book awal2 something yg takleh buat banyak job dalam satu masa. Contoh apa yg kita kene book awal ialah: photographer, make-up artist dan henna artist (kalau ada).


hehe.. ye ke tarikh masih jauh? dah bulan 5 nih. 2 bulan lagi nk tunang. lepas tunang aku all out buat preps utk kahwin.

nih plak, nak tggu sale bulan 6 utk beli barang2 hantaran.  :)

oleh sebab haritu, ada SSF bagi voucher RM60, so, bole lah aku shopping awal utk kelengkapan dulang hantaran mcm riben2 tu sume lah.  :)  (jgn jeles..lenkali ada pameran pengantin, sila pergi pakat dan bawa tunang anda dan adik anda sekali. sorang dpt RM20 tapi, kalau kali 3 org, dapat laa RM60. makcik kayo!!!)

sekarang pon tgh finalize nak bagi apa. hmmm..tgh buat2 budgeting utk doorgift dan compare mana yg terbest dan suit budget. kalau bole aku nak kurangkan kerja membungkus-bungkus segala mala masa dekat2 wedding aku nanti. kalau bole nak yg terus bungkus baik, tinggal nak bagi orang aje. senang  :) maybe klau nk tinggal pon, tinggal nk tampal sticker aje lah kut. yg senang2 dan tak renyah nak buat.  :)

haritu, aku under budget. so sekarang, aku dah betulkan budget aku. cara aku buat adalah aku budget kan, pastu letak actual cost dan letak juga total saving. total saving tu budgeted cost - actual cost. tp klau ternegatif tu, hehe..pandai sendiri laa nk kurangkan bajet ikut lain. ok?  :)

aku juga dah buat, bulan apa nak kene setel apa dan sentiasa update apa yg dah buat.  :)

memula aku letak hantaran pakai duit sendri semuanya. maksud aku, utk hantaran bagi kat aku, pakai duit dia, dan utk hantaran dia, pakai duit aku. tapi, rasa mcm tak fair, sebab aku dah include barang kemas utk tunang & batal air sembahyang utk hantaran masa tunang. pokok pangkalnya, terus reuse aje nanti masa nikah. yelah, haritu sales HJ gila2 kut? haruslah makcik borong semua nya. nasib baik makcik dah gaji. klau tak, mkn oat kosong makcik nih haa. :P

oklah. happy preparing  :)

Tuesday, May 3, 2011

Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang menyalahi Sunnah

artikel ini didapati dari:-
http://www.facebook.com/notes/syahirulcom/kenduri-kahwin-orang-sunnah-yang-menyalahi-sunnah/200174356684545




Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing bukan ukuran sunnah
Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain.

Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)

Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur tidak bernilai jika ada perbuatan kufur
Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak rasulullah ? Sedang Fatimah kekasih hati rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi !

Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah bersombong dan berbongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.

Yang kebulur tidak dijemput yang kenyang dan gemuk itu pula yang diajak datang

Sudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni kenduri perkahwinan di Malaysia
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.

Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.

Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan.

Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.

Kenapa kau tabarruj wahai pengantin ?
Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan.

Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian.

Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat.

Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat.
Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.



Tuesday, April 26, 2011

Memilih tarikh perkahwinan mengikut kalender islam :)

blogwalking dan terjumpa post berkenaan memilih tarikh perkahwinan mengikut tarikh kalendar hijrah.
bagus juga buat panduan B2B.

source: http://our-wedding-journal.blogspot.com/search/label/panduan%20memilih%20tarikh%20perkahwinan
credits to blog owner for the share  ;)

utk mengetahui tarikh kahwin anda dalam tahun hijrah. click http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar


HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.


24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
xxxxxxxxxxxxxx

tarikh nikah kitorang, insyaAllah..
16/3/2012 AD (Jumaat) = 22/Rabiulakhir/1433 AH

 tarikh majlis pulak, insyaAllah..
17/3/2012 AD (Sabtu) = 23/Rabiulakhir/1433 AH

 alhamdulillah. baik juga lah tarikh2 tu.

anda pula?