Monday, April 4, 2011

the rush

macam cuak-cuak pulak bila aku baca B2B blogs. hehe..mungkin the rush tu dah ada sebab baru aje balik kursus kahwin hujung minggu lepas.
sangat best kursus tu. semua penyampaian diberi dengan penuh pengisian dan lawak jenaka. memang tak boring langsung. rata-rata penceramah dari JAWI. diorang share pengalaman diorang bertugas di JAWI.
yang paling aku ingat, ada satu penceramah tu dia cerita, laki gaji RM8K bini kerja biasa aje gaji RM1.5K. lepas tu bila laki tu nak beli susu anak, tanya bini dia berapa nak topapkan utk beli susu anak? langsung tak bertanggungjawab betul!
kalau aku, gaji laki banyak camtu, dah aku tak keje dah. huhu~

kat tempat kursus kahwin tu pon best, ada sediakan makanan. makanan pon sedap. ok lah kan, dari takde. ;D ada tempat kursus yg tak include makanan.
lunch makan nasi ngan lauk ayam masak lemak dan sayur.
tea time makan cekodok ngan air teh. morning break dia bagi makan mihun goreng ngan air panas.
ok lah tu kan? apa lagi mau, ye dak? hehe..

facilities pon ok. bilik ade air-cond, penyampaian dalam slide powerpoint. komunikasi antara peserta pon banyak. memang tak ngantuk lah...
*****

lagi 3 minggu je dia nak masuk meminang. hmm.. checklist!

before:
-cari cincin ngan dia
-cari vase utk bunga & beli bunga
-beli tepung kek & bekas utk buah tangan kepada family dia
-ambil cuti khamis & jumaat utk preparation
-call pakngah

Makanan/Minuman.
utk 30pax, termasuk family sendiri.
menunya: nasi dagang, ikan tongkol + other condiments.
dessert: tapai or dadih nata de coco
lauk order. nasi and dessert sendiri.
minuman: kordial. nanti kene beli.
buat 1 kek utk bagi family dia bawa balik

action by: order makan, masak nasi/condiments dan dessert - Abah/angah n me.
date of execution: 29th nite till morning.

Persiapan.
Kemas rumah, vakum, sapu mop lantai, bentang carpet.
Alas meja makan yg plastik dan kain tukar
Beli bunga fresh flowers dan letak atas meja
Tukar cushion cover dan langsir

action by: All.
date of execution: 16th/17th/23rd/24th.

Me
baju kurung teal & tudung pink

Him
confirmkan berapa pax nak datang
bawa cincin dan/atau tepak sireh

+++ kene tanya abah lagi what else is needed.  ;D
******

nampaknya sabtu ahad aku dah nak kene start tidur umah abah utk bantu apa yg patut.

No comments:

Post a Comment