Tuesday, May 24, 2011

nama panggilan.

ok. haritu aku ada bincang2 ngan encik buayafren, tanya dia apa yg harus adik dia panggil aku.

kaedahnya, parents & adik-beradik aku panggil aku Along.
member ofis, sekolah, universiti dan kebanyakkan kengkawan panggil aku A__.
keluarga seperti cousins, pakcik-makcik panggil aku, S___.

perkara ini aku pon confuse.
btw, aku dah siapkan signage penunjuk arah ke majlis dalam softcopy.
and guess what aku letak nama penuh. SENANG!
semua pun tahu nama penuh aku. haha~
dan pokok pangkalnya, memang aku takde wedding initial sebab aku banyak nama. wahahahah.. :P
agak kelakar disitu. :P

so, kalau adik-beradik bf aku nak panggil aku apa ar?
aku cakap, panggil Along, dia cakap tak sesuai.
takkan nak panggil Kak S__ kot? errr...nampak mcm tua laa kak-kak nih...

aku memang tak biasa bahasakan diri aku "akak". even junior sekolah pun panggil aje "Kak A__ " tapi, bila cakap aku bahasakan diri aku, aku cakap "Aku blablablabla.."

the only kata ganti nama yg aku bahasakan diri aku selain "Aku" is Along (kepada adik beradik) or S__ (kepada cousins/uncles/aunties).

kasar ek? ehhhh..ada manjanya tau...

time aku ngan dia, aku bahasakan diri, "Sayang.."
dia plak, "B..."

cheesy wedges kan? i know.. :P  hiks hiks.  *wink wink buat muka kucing cumil* miau..miau.. ^.~"

*berdehem..clear my throat back*
andddd cut.

yes. dah. no comel2. jom rocking balik. hahaha.

Monday, May 23, 2011

Friday, May 20, 2011

bukan entry pasal kawen. tapi emosi x berapa setabil.

Dah dekat sebulan rasanya aku off-training. Nih semua gara-gara aku injured. Mengikut dokter, dia kata ligamen problem.
Dan dah dekat sebulan aku x lari, or gym or buat apa2 aktiviti yg bole mengeluarkan peluh yg agak banyak.

Selama off training ni, eksesais hanya naik tangga 8 tingkat. Tu pun dalam 3 ke 4 kali out of 5 hari. Tu je lah aktiviti yg pump heart rate aku smpi 80% at most. Tu pon, setakat 3 minit je.

Sedeh sangat rasa. Tatau mcm mana nak cakap. Setiap kali rasa kesakitan tu, setiap kali tu rasa nak menitik air mata sebab terlalu rindukan running. Setiap kali rasa sakit tu, setiap kali tu aku rasa aku dah x bnyk masa utk training for my first half marathon.

Mungkin Allah nak duga aku.

Bawah meja aku ada satu bagpack penuh peralatan sukan. Baju, tights, kasut new balance 870 yg aku baru beli haritu. Warna oren lagi, cantik. Ada ipod, arm band, water bottle, sport socks, waist pouch utk letak benda2..lagi, ada heart rate monitor chest strap, brand Polar. Bila aku tersepak beg tu, aku rasa seperti diingatkan kepada kegagalan.

Rasa sedeh sgt tak bole join rakan2 training. Sedeh sgt sgt.

Geng training pon best2. Ada kak Zyra yg sgt baik slalu tumpangkan aku gi training, Aunty Justiffa, umur 50 selambe layan running lg dan suka bawa makanan utk kitorg bagi post run fuel, ada Edan yg pernah tegur postur aku time running, ada Faizal yg time training main senyum je kat aku, tp time dlm fb, kemain lg borak mesra mcm kwn dah lama. Ada gak Amin Kecik yg jadi marshal dan bagi air masa first time aku layan 14k dulu. Fira n Rinaz yg same saiz lebih kurang aku kot, tp layan running gak dan sentiasa motivate aku. oh ada Topek yg cakap "so sweet" bila aku tunjuk hand grip water bottle aku. Aku reply: "so sweet?! So gay man...!" Haha... sorry topek, lawak kasar...

Banyak lah sgt orang dlm tu yg best2.

Yeah. I miss running.

I promise myself to have a second check up next week eventho it does not being adviced by the doctor. Well, juz wanna see how long i have to rest and what can i consume to speed up my recovery.

Hujung bulan ni aku akan ke Hatyai. Mula-mula utk running event. Sebab injured ni, jgn kan kata 13k, 4k pon belum tentu. So i will go as supporters to all my frens. Kak zyra suh tunggu. I will, i will. Insyaallah. Hope aku tak tertido kak tunggu akak habis 6 jam full marathon. Huhu..

K la. Stress. Esok FFIL ajak breakfast. There will be me, bf, ffil and bf's lil sis. Aku cuak der....... first time nih dow.. arghhh..apa nk borak haa?

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 19, 2011

budget savvy wedding~ cara mat salleh.

http://thebudgetsavvybride.com/2011/05/04/budget-savvy-wedding-of-the-week-erin-troy-by-emma-poliquin/

*this entry is inspired by the website above. credits to the site owner*

saje nak sharing maring.. beza wedding budget mat salleh dan bajet kite. hehe~ sila klik link atas yer..  ;D saje je tau nak compare. kalau 5K je wedding budget aku....gembira dow..tak berlubang tabung ayam aku..


Our budget was $5000, we had just recently purchased a house and are in the midst of renovation and we didn’t want to have to get a loan to get married.
bajet 5K aje? OMG! gila saving~

Venue and Linen Rentals: $370
Kita, venue sahaja RM2K (dewan komuniti) Linen rentals (termasuk catering)

Food and Wine: $1100
Kita, catering (food) lagi banyak kot. kalau standard package RM10/pax, 1K pax = RM10,000.

Bride Attire: Wedding dress $500, alteration $90 and DIY Fascinator $8 
Kita, standard kot baju kahwin RM500. alter, free diberi butik pengantin, fascinator tu benda hiasa kepala (tak berkenaan kot) sebab rata2 pakai crown, diberi free oleh butik pengantin.

Groom Attire: Rented vest $24, khakis, dress shirt and sandals from Old Navy $60 and tie $25
Kita, rasanya baju laki sahaja (kalau ala carte tak ikut pakej) RM350 sewa.

Photographer: $1700.
Kita, same laa lebih kurang. tapi ikot gak. ade outdoor? nikah cover tak? ada bagi custom album etc. tapi memang boleh dapat harga ini.

Officiant: $125 for ceremony and $25 for rehearsal
Kita, jurnikah kot nih.. ikut member aku, nih jurunikah tetapkan. time dia cuma RM20 utk jurunikah. dan RM20 setiap sorang saksi. takde rehearsal bagai yeh..  :P

License: $120
Kita, ada ke lesen nak kahwin? haha..borang nikah mungkin? ada yg kene bayar RM5 kan? oh ke nih mas kahwin lebih kurang? ye ar, dah nikah baru ada lesen..eceh~ :P  hmm.. itu pon ikut negeri. KL RM80, kan.. hmm..

Rings: $445
huyo murah gila! ratusan sahaja? cayalah! setengah orang sampai ribuan dow. RINGS, meaning 2 cincin 400+ perh... kita, rasanya ring...1k dan ke atas kot, naa standard?

Flowers: 75 stems of spider mums at $1 each and 16 potted Gerber Daisies for $3 each = $125
kita, lebih kurang kot. jgn membazir bunga. cantik dipandang, tapi kalau membazir, amalan shaiton.

Wedding Cake: $70
apsal aku tanya je kek kahwin, fondant, sure sampai 200+ ada yg nak pakai kek secret recipe choc indulgence buat kek kahwin? klau ada, tuh sama laa bajet nya mcm matsalleh. huhu~

Favors: $60, $.75 per sapling wrapped in burlap with “from Mr.  & Mrs.” Ribbon
haa kau..favors beberapa sen. kita? RM1 kot paling kurang.  ;D

Decorations: $155, this was mostly paint for all the different DIY’s, lanterns,  burlap for tables, BBQ kit supplies, Frames for Thank you Poem, round place mats, cake toppers.
deco...hmm..depends, nih tgk deco catering provide ke, nak DIY wat sendiri ka..tp cost very minimal lah kan...

Invitations: $12 for postage, I designed invitations and save the dates
RM12 for postage? tak mungkinnn. rata2 aku baca setem sahaja 80sen. kalau RM12 baru boleh pos 15pcs kad kahwin kot? sedara mara je ke datang kahwin..nehiii nehiii..

Vintage car rental: $35
takde lah. kete tuh jugak aih guna. takde laa makcik nk sewa 5series tetibaaaa.  :P

How many guests did you have?

We were blessed with 56 of our closets family and friends.
sikitnya kau guesttt. kita 500 standard. sampai 2000 guest pun ado. tgk laa klau pembesar negeri ke/public figure/anak pemegang syarikat konglomerat....lagi lah..3 hari turut2 tak habis org datang kot?


jumpa pasal doorgift lagi. ;D

aku seorang peminat doorgift yg boleh dimakan dan dipakai lagi-dan lagi oleh semua jantina. Aku kurang berkenan doorgift yg bukan dalam kategori di atas. Lagi satu kriteria pula, doorgift tersebut mestilah murah dan mampu beli oleh pengantin to be yg budget ciput mcm aku nih. So setiap yg aku jumpe dan paparkan di teratak hina hamba ini adalah, doorgift yg dalam kategori tersebut.  ;D

1- Cemilan Station 
Menawarkan harga kurang RM2.00 utk 2 jenis kerepek/makanan ringan yg lain dalam kotak yg rupawan seperti gambar dibawah.
tapi vendor nih kat batu pahat tau.. huhu~  so ada lah sikit delivery charge disitu kalau di luar kawasan jajahan yer..






2- Aisyhana cookies 
bahulu kemboja yg kalerful dan menarik. harga juga mampu milik walaupun order 1k pcs..no worries..aku pon pengantin bajet jer..no grand2..hehe..  ;D 
packaging pun x risau yer..mmg cantik printed full color kotaknya. kalau bagi satu nih pon dah cukup kat tetamu. besar pun besar, bole makan buat minum petang. 
vendor nih kat Rawang, yeah..  ;D



cantik pulak bahulu kaler pepel nih..ishk..  ;D sesape wedding theme kaler pepel, bole bagi yg ini..  ;D


3- oh mai wedding
yg nih agak2 menarik dan lain dari yg lain. jarang orang bagi jem mini, biskut aiskrim, tea set (set minum petang yg bukan berupa pinggan mangkuk yer) dan shower cream/body lotion travel size. kan..lain kan...harga pun insyaAllah mampu milik. hehe~ 
sebenarnya dia member aku. saje tolong promote bisnes member. hehe...






aku nih promote bisnes orang, mcm bisnes sendiri plak. haha~ saje je, berkongsi idea dengan pengantin to be yg lain. kot2 bole guna idea2 nih, alhamdulillah berguna gak apa yg aku taip nih. heee~

seperti yg aku tulis kat sebelah sana ------->
blog aku cuma utk sharing experience, sharing info utk pengantin to be dan tiada niat utk berlagak sumbung, menunjuk-nunjuk. aku nih kurang pandai menulis. tapi bercakap, bg kat aku, insyaAllah pass A1 ar.. so, kengkadang ada part2 karangan yg kurang menarik dan mengguris hati dan perasaan pembaca, saya minta maaf yer. sila tegur secara berhikmah. hehe~

walaupun aku mengimpikan indie wedding, tapi idea tu sekadar pada certain things sahaja, contoh deco dan idea. wedding aku tidak grand, duit tak berapa banyak tapi mengidam macam-macam nak buat time wedding tu. takde malam berinai, takde bilik pengantin kat umah parents, takde tukar2 baju 5-6 pasang, takde hantaran grand2 gila meletup-letup. takde. aku juz nak wedding yg sedara-mara sahabat handai attend dan makan-borak-enjoy-tangkap2 gambor-balik bawak doorgift-in that order. hehehe~

tak semestinya B2B bloggers weddingnya grand. ada yg grand, ada yg relek. ada yg pelamin tak sampai 2 ribu pun pernah dow..

so, lek lek jela.. sit back, read and enjoy this info sharing. ;D amik je lah apa yg nak amik. nak bagi credit suke hati, takmo pon takpe, wa takdehal pun.  ;D

Wednesday, May 18, 2011

review: Myminimuffin ;D

mula-mula aku kenal kedai mini muffin (online) nih adalah through facebook kut. lepas tu, ada ofismet aku buat engagement doorgift, dia bagi mini muffin dalam kotak noodle box.

kes aku plak, sedang tercari-cari doorgift utk majlis pertunangan. kebetulan, ofis buat majlis kenduri tahlil, boleh laa testing order. order punya order, tuan kedai out station time tu, so tak dapat lah aku bawak ke majlis tahlil tu. aku decide nak order jugak, buat bg kawan-kawan makan sama2.

yg bestnya, aku order 50 pcs kat owner dia, Siti. tapi, bagusnya Siti adalah dia tak lokek. ordernya 50 dia baginya 54pcs. alhamdulillah...aku suke org berniaga yg tak lokek dan sgt murah hati camni..sgt tak berkira.

muffinnya semuanya sedap2 belaka. harga pon murah dan delivery percuma sampai umah aku.. perh...

ada perisa pun macam2. chocolate chip pon tak lokek. besar2 plak tu. tak simpan dlm fridge bole tahan beberapa hari kot (setakat nih dah 3 hari) masih tak rosak.  ;D
ciri2 makanan yg sesuai utk buat doorgift.

harga amat berpatutan. serius.. aku survey kedai lain sume singgit dan singgit lebih. rupa tak seberapa. tak campur perisa. rasa, sumpah laa tatau cane rasa kan..

serius bole repeat order. ;)
menurut blog nya, bukan sekadar muffin je yg ada, ada cheese cake, carrot cake, red velvet cake.... (ok stop, stop..makcik terliur sudaaa)

deets:-
blog: http://myminimuffin.blogspot.com/
FB: facebook page myminimuffin kl









Monday, May 16, 2011

Dulang hantaran beli suda ;D


Dulu-dulu, encik bf ada pernah cakap teringin nak gi Nilai 3.

Aku punya remark: WHAT? Nape nak gi Nilai 3?

Dia kata, saje je. Nak tengok apa ada kat sana.


 

Semalam, buat pertama kalinya aku gi Nilai 3.

Aku rasa klau aku tak nak kawen nih, takde maknanya aku jejak Nilai 3 (walaupun adik aku belajar kat salah satu kolej kat Nilai tu).

Hek enen..Nilai 3 beb..org yg gi sume kata panas laa, berpeluh laa gi sane, barang kahwin banyak ar..langsir dan kain2. Yer betul.. tu sume ada kat Nilai 3. Takkan langsir nak tukar hari2 kan? Langsir umah aku berlambak dah. Pastu baju2 kurung sume stok pakai time pergi umah org kawen/raya sahaja. Dan beli pun siap punya. Carpet pun abah beli mana tah. Kira, mmg takde keperluan ar aku nak gi sana sebelum nih…

So sebelum2 nih, pendek kata, aku tak pernah nampak laa kepentingan Nilai 3 tu kepada aku, until yesterday…


 

Langsir jahit siap dlm masa satu jam? Homakaihhh.. (langsir nak pakai langsir baru utk tunang nanti)

Dulang hantaran buy 1 free 1…

Carpet dijual mcm terus dari kilang ke hape..? *rambang mata* huhu~


 

Terinjak-injak gumbira rasanya makcik semalam. Walaupun rasanya takde laa bnyk kedai aku gi smlm, sbb focus utama adalah utk mencari dulang hantaran. Lagipun, duit tak berapa nak ada (tgh bulan nih beb!)..encik bf pon same lah keriang kontiang. So, aku mmg bajet utk beli dulang hantaran dan pinggan putih buat lapik. Hehe..

Memula ingat taknak pakai dulang. Nak wat indie style kunun. Polisterin letak atas vase dan hias juntai2 gitu je…(inspirasi majalah pesona pengantin). Tapi lama2 setelah didesak adik aku yg sengal2 ubi suh aku beli jugak dulang tu, nanti bole pass kat dia nnt.

Akibatnya... Selamat borong 7 dulang dan 7 keping pinggan putih (nak buat isi hati nyamuk dan air mata anak dara..haha..bole? PGL laa sangat!)

Tapi sempat laa tengok2 gitu aje langsir baru nanti nak pakai time tunang. Rasanya macam senang trus jahit situ aje. Just bawak contoh langsir lama tu. Langsir umah aku pon style ol skul. Yg jenih pakai hook bagai kan. So aku rasa takde laa susah mana laa kot? Kot la. Aku nih bukan tailor. Setakat jahit tercarik baju sikit tu, orait lah.. :P


 

Tempat beli-belian:-

-dulang hantaran 7 pcs kaler kelabu itam2 sikit @ WS handicraft = RM90.

-pinggan putih bulat 7 pcs @ KK Home deco = RM2.90/pc = RM17.40 (sbb cashier tu kira 6 pcs je. Aku rasa dia silap kira. Sedar masa otw nak balik..mmg tak gi blk ar..huhu~)

Total rabak = RM107.40


 

Gambar? Tunggu time tunang. Huhu~ pokok pangkalnya pemalas nak amik gambar. Terus bungkus plastic simpas atas almari aje. :P


 

Encik bf punya komen masa jenjalan Nilai 3: huh~ mampos aku nak gi sini nih.. (mungkin sbb duit bnyk nnt nak melayang atau cuaca panas)

Adik aku: apa lagi swipe aje laa..

Aku: dia pon tak guna kad kredit mcm aku..sorryyyy :P


 
some DIY flowers that i fall in love with. 
i plan to make a headpiece or deco from the fabric flower since im not a fan of crown/tiara.  :) 
credits to the blog links owners. i do not own any of these pics and tutorials. just compiling it for my future reference & as an inspiration for some pengantin to be out there.  ;D






nih tutorial utk paper flower. tapi rasanya bole juga pakai utk fabric flower. link: http://www.projectwedding.com/wedding-ideas/diy-wedding-challenge-2010-paper-flower-bouquets












simple and nice. suitable for bridesmaid or flower girl. something to return their favor, rite?  ;)



a lovely centerpiece  ;)  2 types in one link: http://greenweddingshoes.com/diy-paper-flower/






say hello to flower hallo~ link: http://honestlywtf.com/diy/diy-flower-halo






lovely, lovely... 
i hope my dream of indie wedding will be a reality...

p/s: kalau tak dpt indie sgt pun, indie sesikit pon jadi lah kan..  :P

Wednesday, May 11, 2011

dulang hantaran, beli ke sewa?

i just want a white tray that i do not have to put polisterin. so mari survey mana2 yg berkaitan...

some links that might be useful  :)

http://farahyamap.blogspot.com/2011/04/dulang-hantaran.html

http://ayannmama.blogspot.com/2009/09/dulang-hantaran-untuk-di-sewa.html

http://qareesma-creation.blogspot.com/2010/12/dulang-hantaran-untuk-di-sewa.html

http://asziladesign.blogspot.com/2011/03/dulang-hantaran-putih-berkaki-rendah.html

http://ohheproposed.blogspot.com/2010/04/items-for-rent.html

http://farahyamap.blogspot.com/2011/04/dulang-hantaran.html

semua links adalah dulang yg boleh disewa RM15 kebawah each.  :)
value for money!  :)

kalau beli:-
+ puas ati, bole tgk sendiri belek2 berapa besar atau kecil saiz dulang.
- mahal. satu dulang pon ada sampai RM30++. baru satu, klau tujuh, kopak makcik. tu pon baru dulang, belum deco2 lagi tu. huhu~

kalau sewa:-
- takot dapat yg dah tak lawa. dah laa bukan kita punya pun kalau nak spray2 kasi lawa ke apa
+ jimat duit utk beli. tgk selera laa. klau selera biasa2 aje, mcm aku nih, takde laa mahal sgt sewanya nanti.

mencari bunga pahar utk kenduri?

masa jalan2 ke blog pengantin baru, Puan Elya, terjumpa sharing dia yg ini. bunga pahar yg cantik serendah seringgit utk satu batang.
(thanks for the share, Elya)

Bagi aku cantik, serius. mmg terbaik lah siap bole request nak color apa.

so far bila aku tengok2 kat kedai2 kahwin nih, kebanyakkannya tak berapa nak cantik di mata aku..atau mungkin aku tak habis lagi survey, barangkali?

ada juga yg cantik, harga mak oi melampau plak. klau bole DIY sendiri, bagus juga. tapi, makcik nih tak berapa nak pandai lah DIY bunga pahar nih. bila pk pk balik serendah seringgit, mak oi...ok sgt kot. klau bunga kembang pon, lebih kurang mcm bunga pink nih, RM2 ea. memang berbaloi-baloi sgt.

selain bunga pahar, tuan kedai juga menerima tempahan, bunga tangan kristal dan bunga dulang :)
bunga tgn kristal dia sgt budget friendly!  :)

utk tempahan bunga pahar anda, sila ke:
http://thebunga.blogspot.com



Tuesday, May 10, 2011

bunga kristal diy

Cemerlang. :)

Saje try test. Ingat nak buat bunga pahar. Kristal biru tu 4 biji rm2. Dah sama mcm beli bunga pahar siap. Hm... costly sikit. :p

Ingat nak buat bunga tgn. Pon costly jugak kalau compare dgn fresh flower.

Kot bole jimat kat mana2, pasti projek ini akan bersambung.
Lagipun, pada pendapat aku, objective diy ni yg pertama utk cut cost. Yg kedua utk 'personal touch'. Kalau cost bukan halangan, mmg aku minat nk teruskn diy ni.. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 8, 2011

wedding card vs catering...

aku agak2 pening mcm mana nak bajet catering pax vs card yg keluar.
cth 500pcs kad kahwin keluar, berapa pax patut order catering?
macam-macam formula aku dapat waktu pameran pengantin edisi bajet kat Selayang mall.

formula 1 (ada orang post kat fb satu bridal nih): Kad kali tiga, lepas tu tolak 20% dari jumlah tersebut.

formula kedua, ada caterer cakap: kad kali 2.2

caterer lain cakap kad kali dua. tu standard. tapi, caterer tersebut memang akan ada tambah 20%.

let's visualize:-
kad aku: 800pcs (insyaAllah, still in discussion) dan kalau kali 2, = 1600pax for catering.

kalau ikot formula pertama, (800 x 3) - 20% = 1920pax

ikot formula kedua, 800 x 2.2 = 1760pax

ikot formula ketiga: (800 x 2) + 20% = 1920pax [but will only need to pay for 1600pax only]


lets say they charge me RM10 per head:-  (gross estimation)

ikot formula pertama: total = RM19,200

ikot formula kedua, total = RM17,600

ikot formula ketiga, total = RM 16,000


(membulatkan mata)

pertama.
ketiga-tiga formula tu ada beza beberapa ribu disitu. Kedua, kalau formula ketiga tu, aku boleh selit set pelamin mewah utk cukupkan RM20k. yg lain2 tu. Bayar utk 1600 pax tapi dapat utk 1900pax.

tapi, takot utk amik risiko. encik boifren plak cakap, dia nye sedara ramai.
mcm mana ek?
pernah sekali kitorang bincang2 nak buat sampai 2000pax.
but it is too much and of cos out of budget.

camne pengantin to be? share me your formula, pls..  :)

Friday, May 6, 2011

DIY Fabric flower :)

bagus tutorial nih. senang nanti aku nak wat fabric flower utk headpiece. jadi ker? hopefully jadi. hehehe...  :)





source & credit goes to, Weddingbee. http://www.weddingbee.com/2009/12/02/miss-poodles-fabric-flower-tutorial/

Thursday, May 5, 2011

henna artist vs make-up artist :)

aku tahu tarikh masih jauh, tapi aku dah book & bayar deposit awal2 utk henna artist dan make up artist.  :)

official photographer masih belum bayar deposit sebab dia kata 3 bulan nak kahwin baru bayar. lagipon deposit dia amatlah murah. RM100 aje kot klau tak silap.  :)

henna artist: depo RM50
makeup artist nikah + sanding: depo RM200
photog: cuma reserve tarikh. nanti pay depo RM100 three months before.

mengikut kata member aku yg also nikah pada tarikh hot-hot (cth macam cuti sekolah dan 10.10.10), pengantin to be kene lah book awal2 something yg takleh buat banyak job dalam satu masa. Contoh apa yg kita kene book awal ialah: photographer, make-up artist dan henna artist (kalau ada).


hehe.. ye ke tarikh masih jauh? dah bulan 5 nih. 2 bulan lagi nk tunang. lepas tunang aku all out buat preps utk kahwin.

nih plak, nak tggu sale bulan 6 utk beli barang2 hantaran.  :)

oleh sebab haritu, ada SSF bagi voucher RM60, so, bole lah aku shopping awal utk kelengkapan dulang hantaran mcm riben2 tu sume lah.  :)  (jgn jeles..lenkali ada pameran pengantin, sila pergi pakat dan bawa tunang anda dan adik anda sekali. sorang dpt RM20 tapi, kalau kali 3 org, dapat laa RM60. makcik kayo!!!)

sekarang pon tgh finalize nak bagi apa. hmmm..tgh buat2 budgeting utk doorgift dan compare mana yg terbest dan suit budget. kalau bole aku nak kurangkan kerja membungkus-bungkus segala mala masa dekat2 wedding aku nanti. kalau bole nak yg terus bungkus baik, tinggal nak bagi orang aje. senang  :) maybe klau nk tinggal pon, tinggal nk tampal sticker aje lah kut. yg senang2 dan tak renyah nak buat.  :)

haritu, aku under budget. so sekarang, aku dah betulkan budget aku. cara aku buat adalah aku budget kan, pastu letak actual cost dan letak juga total saving. total saving tu budgeted cost - actual cost. tp klau ternegatif tu, hehe..pandai sendiri laa nk kurangkan bajet ikut lain. ok?  :)

aku juga dah buat, bulan apa nak kene setel apa dan sentiasa update apa yg dah buat.  :)

memula aku letak hantaran pakai duit sendri semuanya. maksud aku, utk hantaran bagi kat aku, pakai duit dia, dan utk hantaran dia, pakai duit aku. tapi, rasa mcm tak fair, sebab aku dah include barang kemas utk tunang & batal air sembahyang utk hantaran masa tunang. pokok pangkalnya, terus reuse aje nanti masa nikah. yelah, haritu sales HJ gila2 kut? haruslah makcik borong semua nya. nasib baik makcik dah gaji. klau tak, mkn oat kosong makcik nih haa. :P

oklah. happy preparing  :)

Tuesday, May 3, 2011

Fridge magnet sebagai wedding doorgift anda?

Lagi idea utk wedding doorgift anda. sangat2 menarik. Fridge magnet nih, insyaAllah, orang takkan buang mcm tu aje. for now aku tgh decide, nak bagi fridge magnet ke atau nak bagi jem mini.  :)

jem mini tu kene cari bekas utk isi. yg fridge magnet nih, tak perlu bekas, terus bagi aje. lagipon, aku nak kurangkan kerja2 pembungkusan pada hari persandingan nanti. takde susahkan sgt dan takde lah tergopoh-gapah nak buat itu ini.

Menurut Amy, dia bole bagi diskaun yg hebat sebab dia ejen kepada Inani craft nih. bagus juga :) 
so far, aku deal ngan amy nih, mmg terbaik, reply cepat dan beri diskaun terhebat alam. 
so, sila lah..kalau berminat...  :)






Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang menyalahi Sunnah

artikel ini didapati dari:-
http://www.facebook.com/notes/syahirulcom/kenduri-kahwin-orang-sunnah-yang-menyalahi-sunnah/200174356684545




Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing bukan ukuran sunnah
Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain.

Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)

Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur tidak bernilai jika ada perbuatan kufur
Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak rasulullah ? Sedang Fatimah kekasih hati rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi !

Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah bersombong dan berbongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.

Yang kebulur tidak dijemput yang kenyang dan gemuk itu pula yang diajak datang

Sudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni kenduri perkahwinan di Malaysia
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.

Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.

Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan.

Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.

Kenapa kau tabarruj wahai pengantin ?
Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan.

Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian.

Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat.

Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat.
Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.