Tuesday, May 3, 2011

Review: majlis merisik :)

ahem.
:)

*clear the throat first*

pada hari satu lalu, telah berlangsungnya majlis merisik cik r3bL kita ini. hehe.. so eksaited very the makcik.

Kisah hari sebelum merisik:-

mula2 pergi cari cincin sabtu minggu sebelumnya. malangnya encik buayafren ku takde du nak belikan cincin lagi. makcik rasa sedih. sampai merajuk sikit lah. sikit jer, tapi takpe, dia promise akt makcik, sebelum merisik, confirm beli cincin. makcik plak jenis orang yg takleh gantung2 memberi harapan tanpa perlu jelas dan nyata tarikh dan waktunya. makcik pon eksplen lah kat dia yg makcik nih nak kemas umah yg macam ladang limau (kandang rimau) tu, nak buat kek, nak buat kukis dan segala-mala kemas ngan berhabuk semua. jadi makcik perlukan confirmation. dia pon memahami.

dia pon juga eksplen juga kenapa lah dia tidak dapat membelikan cincin tanda tersebut awal2. haritu kereta dia wat hal. melayang RM700. sebelum tu plak, tukar brake pad RM100 lebih. sebelum tukar brake pad, rasanya dia gi tukar battery kete kot, RM200 lebih.
hamek kau...tak ke botak licin laki makcik?

makcik pon terharu hijau lah mendengar explanation tu. hah..tu lah, merajuk kemain. cuba lah paham sikit... hmm.. biasalah, pompuan kan. klau tak emo tak nama pompuan, kaedahnya.

tup tup hari rabu minggu lepas tu, dia habaq mai kat makcik, nak pi beli cincin hari jumaat. makcik pon suka lah sambil melompat kegirangan di dalam hati.

lalu pergilah makcik membeli cincin di hari jumaat. mungkin dah Allah tetapkan rezeki, (alhamdulillah) kebetulan masa tu, habib jewels (HJ) ampang point sale gila2 terbaik alam. diskaun RM8 segram utk emas 916. makcik suka, makcik suka.

belek punya belek, tanya bajet sekian mian, makcik pon memilih cincin saperti gambaria di bawah. stended lah, makcik kan rocker, manade main cincin datin2 mak2 uols. sekali pandang, adik makcik kata macam cincin main2. eh kau, suke makcik laa, makcik nye cincin, kau ado orang nak bagi cincin emas free2 mcm makcik? takdo kan? shadap lah. *emo plak makcik*

cincin tu sebenarnya emas kuning, cuma salutan di atasnya dengan emas putih. so mak mak sume, termasuk mak ngah, makcik maksu timah sekian mian, toksah lah risau kata tak laku ke apa ke bukan emas tulin. ini emas 916 mcm mcm mana pon, ada harga yer...
nan hado makcik nak gadai cincin tanda makcik yg umpama rockstar ini. biar lah tak laku mana pon, ini kenangan, gitu.

makcik pon tak faham connection antara mak mak tak suke cincin white gold. katanya takde harga klau tolak balik or trade in. hmmmm.... tah laa selero masing2 gak nye..

nak dijadikan cerita, HJ ada menjemput Aznil Hj nawawi utk mempromosikan barangan HJ. wah..kelas, panggil artis. mengikut kata SA HJ yg baik budi attend makcik yg berselipar jepun, bersnow cap dan berseluar jeggings buruk pada masa itu, Aznil tu akan cuba menjual diamond kepada salah seorang customer HJ.
apa jadi lepas tu makcik tatau. mungkin sebab masa tu makcik dah balik.
elok juga tak approach oleh paknil. makcik takot tergadai tanah kat kampung, terjual lembu sekandang dek tak mampu menolak pujukan paknil utk membeli diamonds puluhan ribu. sapa mampu dik oi???

(ada ker makcik tanah kat kampung dan lembu sekandang? itu perumpamaan aje yer.. )

setelah membelek cincin tanda, makcik pon dah puas ati. tapi SA tu tak puas ati ngan makcik. dia suruh makcik tgk cincin tunang plak. diamonds ada 70% discount. wah keles~

SA tu nama MIRA. mmg kelas ko nye selling strategy deknon.
makcik tak mampu menolak ajakan kau. sgt peramah budak nya dan memahami kehendak dan bajet ciput makcik nih. yelah, makcik tamau laa membebankan laki makcik, kesian dia. nak kawen habis puluhan ribu. macam makcik nih anak dato' plak. walhal, makcik nih orang biasa sahaja. hamba sahaya. hamba Allah, kaedahnya.

makcik pon melihat2 lah cincin tunang. ada yg berkenan pulak di hati. try punya try, wah cantik letak di tangan. eh macam mana nih? bincang punya cbincang ngan laki makcik, dia setuju. tapi kene reserve dlu lah, sbb skang masih belum ada fund utk itu. (kaedahnya kerja mkn gaji deknon, kene tunggu gaji lah baru bole beli).

makcik namakan cincin tunang makcik tu, batu kikir jambatan besi. KELAS!
sebab masa makcik try2 tu, ada rasa2 macam ala-ala "Bob the builder" plak design cincin itu. mampu? hahahah.. lawak siot.
lagi satu sebab, sebab makcik rasa design dia mmg macam jambatan besi kat tengah. eh serius nih, serius..

masa tgh tengok2 option lain utk cincin tunang, ada lah satu cincin nih, batu hijau. makcik penggemar ijau. haih...tak mungkin laa tak terpaut hati tu kan. pastu ada satu mak mak nih, tatau tetiba muncul di tepi makcik. masa tu plak si Mira nih tgh letak dedua cincin sebelah menyebelah. satu cincin batu hijau, satu lagi cincin batu kikir jambatan besi.

makcik tu pon nak tengok cincin BKJB makcik. pastu siap tanya Mira tu, eh kat mana nih? berapa rm?
makcik dah berdebar plak dalam hati. ah sudah makcik sebelah aku nih, jgn kau sauk cincin ku ittew, sudah!
dia siap try nih cincin BKJB makcik tu. wah...takleh jadi nih.
dia siap suruh makcik try kat tgn makcik. makcik pon try laa. dia puji cantik.
pastu makcik try cincin batu hijau plak, dia pon sama nak try.
pastu makcik tu pandang makcik atas bawah.

yer yer..tahu, makcik pakai compang camping aje. mcm gaya2 street wear pelukis central market jer ngan sling bag bagai kan.. yer yer..gwa tau, gwa selekeh. tapi gwa tetap nak kahwin gak.. dulik ah kan.. :P
*emo kali kedua*

dah reaksi makcik tu mcm tu, makcik trus confirm laa. tak jadi makcik nak amik cincin batu hijau. confirm trus cincin BKJB (batu kikir jambatan besi) makcik....

oleh kerana makcik pon baru je gaji haritu. tup tup, makcik pon reserved laa sekali ngan bracelet dan subang. design biasa2 aje. bukan laa gempak mana pon. bajet kami pon tak besar. cukup lah sekadar ada. lagipon harga emas pon dah naik. haih... *makcik emo skali lagi*  gelang simple2 pon harga ribuan. haih..gadai surat pajak lah.

(ada ker surat pajak nak gadai tu? haha... perumpamaan aje. JK. LOL.)

so pada hari tersebut, makcik beli cincin tanda dan reserve cincin utk tunang, bracelet utk batal air sembahyang dan subang utk errr...hadiah lor.. heheheh.. mata emasan makcik nih.. (bukan mata duitan, apa barang kan, emas trus...)  :P

habis selesai berjual beli barang kemas. makcik pon balik.

sambung ngemas rumah sementara adik ngan abah makcik gi beli barang. makcik plak, ditugaskan utk memasang langsir. oleh kerana memang laki makcik nak merisik hari sabtu tu, makcik pon membenarkan dia masuk ke rumah buat kali pertamanya..
ini memang rules makcik. bukan sebarang orang bole masuk umah makcik k, especially lelaki. dan makcik pon bukan berdua. ada makcik punya makcik (hamekkau!) dalam umah.
klau takde, naya makcik, awal makcik kahwin kang. hehe...

dah masuk umah tu, apa lagi, laki makcik pon kene kerah pasang langsir. nasib baik dia pernah lah buat, pasang hook langsir segala mala.. saje je makcik bagi induction course kat laki makcik. hahaha..  :P
dia pon memang redha dan memang nak tolong. alhamdulillah...bakal suamiku ringan jugak lah tulangnya. (yeke nihhh?  :P)

(jap..stretching jari utk menaip seterusnya...)


kisahnya, dah siap pasang langsir bagai, makcik pon keluar lagi ngan laki makcik, nak carik karpet. makcik beli carpet murah je. carpet mink tu. senang carry, senang basuh dan senang vakum. murah pun murah. cantik pon cantik. lembut pon lembut. oklah sebab dah suntuk sangat. makcik saukkan aje. lagipun adik beradik makcik sume stok ada resdung dan asma. confirm lepas majlis lipat balik karpet simpan. huhu~

lepas beli carpet, makcik cari chairpad. buruk bebeno rupa kerusi meja makan makcik, berlopak bagai. jadi, makcik cantikkan dengan chairpad. carik kat mydin takde. sah, esoknya lah makcik carik kat JJ.

lepas carik chairpad tapi tidak berjumpa, makcik trus ke pasar seni, nak beli bunga kat Weng hoa. murah2... RM16 satu jambak ada lebih sedozen kot? makcik beli 2 jambak = RM32. bunga ros putih pink tu yg ada net. balik umah trus rendam dlm air dan bukak net. potong2 dan susun dlm vase. cantek gila sebab bunga dia kembang2 dan cumil sbb kaler pink itu. selalunya makcik suka kaler garang mcm bloody red ke apa, tp oleh sebab, makcik tak suka cliche, (haha!) makcik amik laa pink putih ittew. hehehe...


kan makcik cakap nak buat cookies nak kasi depa kan?

hmmm..hampes tak jadi. 1st batch ok cantik. seken batch dek sume dah letih terbiah lama sikit dlm oven, hangus.
dah ke tong sampah aje lah perginya.

moral of the story, klau time gopoh gapah, jgn laa buat kek ke buat biskut ke, mmg ke laut. hoho~


Kisah hari semasa merisik:-

alkisah...
memula laki makcik confirm kan 3 ke 4 buah kete nak datang. humakaihhh...memang ramai. makcik dah cuak dah. yelah, umah bapak makcik, umah flat aje, takot laa sempit ke tak selesa ke, parking pon susah. akhirnya laki makcik, cut down to 11 people only. fuh selamat...

laki makcik datang skali ngan tok dia dari penang nun. cayalah! depa dtg 2 kete je. compress suda. hehe.. ada maksu, makngah, tok, ayah dia dan yg lain sume cousins.

pagi2 lagi makcik dah lari ke tesco dah, beli chairpad. tak dpt semua 6pcs sama design, tp bole laa ada design yg akan2, makcik bedal jelah. asal ada dan tercover lah kerusi yg buruk sikit itu.

lepas tu, makcik pon berhempas pulas dan tidak culas memvakum seluruh ruang tamu rumah utk memastikan kebersihan dan keselesaan buat sang tetamu. (ecewah!)

siap bentang karpet, aku pon mula memakai baju yg telah digosok pada pagi tu selepas bangun tidur sebelum tu. hehe. berbekalkan baju kurung teal+hot pink dan tudung pink, aku pon menanam rasa konfiden dalam diri. fuuh fuuh.. relek relek...cool..

dlm kol 230ptg lebih sikit, keluarga mereka pon sampai. makcik eksaited lah. hehehe... keluarga belah laki disambut oleh abah makcik dan keluarga. mereka pon memberi buah tangan berupa buah dan kek sebuah. (huhuhuhuh).

abah makcik suh makan dulu sebelum berbincang secara serius. perut yg lapo, harus diisi, beb. hehehe..

selepas tetamu dijamu dengan nasi dagang dan segala lauk pauk kuih muih, duduk berbincang lah. telah pun ditetapkan, pertunangan pada Sabtu, 23 Julai 2011. (nak kene ubah ticker tu). InsyaAllah, majlis akan disekalikan dengan kenduri arwah, tahlil, kesyukuran dan menyambut puasa. Sekali jalan terus, dont belok2.

eh jap..pukul brape pon tatau eh. takpe lah, tu konfirm nanti. hehehehe..

selepas selesai perbincangan, kedua-dua belah keluarga pon borak-borak kosong sesaje sambil dihidangkan kuih dan air lah.  :)

lupe plak, patut nak buat air panas masa dok lepak chill tu, tapi makcik lupa. haha..

oh ya, tok dia yg sarungkan cincin tanda kat jari makcik. wah kelas kan? heheheh..

oh peringatan, nnt kene sediakan lebih sikit candies utk budak2. cousin dia ramai kecik2.  :)

apo lagi. makcik pon dah tandus idea. heheh..

tempat beli-belian.
bunga beli kat Weng hoa, pasar seni. 2 bourquet white+pink rose in net. RM16 ea.
cincin beli kat Habib jewels ampang point, cari SA nama Mira, sgt best! RM300 lebih.
baju kurung and tudung sendiri punya. beli kat butik kat bawah ofis dan Jln TAR. RM40 + RM10
vase beli kat KK home deco. RM10+ sahaja.  :)
karpet @ Jakel carpet, atas Hajra, Jln TAR. RM80.
chairpad 6pcs @ tesco ampang, RM13.90 ea.

caterer for ayam goreng dan gulai ikan tongkol, kak wan.
air kordial roselle, abah beli mana tatau.
kuih bakar dan kuih popia sira cili, kak salinda ofismet.

gambar? time aku rajin, aku update gambar. haha!  :P

*kalau ada yg baca dan rasa posting ini menunjuk-nunjuk, makcik minta maaf banyak2. makcik nih bukan reti sangat menulis. cuma tahu bercerita saja. lantas, mungkin sesetengah bahasa makcik kurang enak utk dibaca. makcik berniat utk share saje. mana yg elok ambil, mana yg tidak, tegur secara berhikmah yea!  :)*

4 comments:

  1. hehe...merisik je da mcm2...hai mmg mcm2 keje kawin ni kan..hehe

    ReplyDelete
  2. sambil tumbuh jerawat satu atas dahi... haha~
    cik lijah, cepat aje komen. trima kasih. :)

    ReplyDelete
  3. makcik pindah address tak bagitau hakak pun. nasib baik comment, kalau tak terus lost contact. hehe.

    congrats on your merisik :)

    ReplyDelete
  4. maceh hakak.. maaf lupa nak btau.. hahahah.. :)

    ReplyDelete