Thursday, March 17, 2011

my first challenge.

Hari ahad lepas, selepas sahaja larian aku tu, si dia ada terima panggilan dari bapak dia yg mengatakan ada pertukaran tarikh.

pergh! aku dah rancang baik nih haa. nak tukar tarikh plak. dia terus cakap kat aku, tapi aku cam, buat tak endah. dalam hati rasa sedikit sakit, gitew.

pastu, aku pon start cakap balik kat bapak aku hari isnin lepas.
'hujan' turun laju nih.

bertekak punya bertekak dengan dia. aku cakap kenapa tukar tarikh, dia explain. marah2. campur plak aku tgh heavy period. mak oih..memang bertambah2 laa berapi! (bole bagi alasan ni?)

aku pening gila. memula nak buat bulan doblas. abah aku tak setuju.
abah cadangkan buat cuti sekolah, bulan 3 sebab diorang nak buat cuti skolah kan.

adik-beradik abah aku pon banyak yg cikgu. so, yeah, elok juga buat cuti sekolah, kata abah.

so yeah, bulan 3 that is.

aku sedih, sebab lambat.
plus, aku kira2, dah seribu ringgit gak ah aku habis buat preps kot. aku dah beli baju, kain buat baju, sampin dia, doorgift. mana lah aku tak marah kan. bulan nih mmg habis licin ah!

tapi, sebentuk cincin pon lom ada lg nih kat jari aku nih. haa..cane tu?

mana lah aku tak marah, frust, sedih beb...

tapi, aku nak perpanjangkan cerita pon buat apa. yelah, fokus pada masalah, mmg takkan selesai klau tak fokus pada penyelesaian.
so, harini, pagi2 ngan muka peek mata sepetku yg melalak beria semalam, aku call dewan.

reschedule memula ke 18th, Sunday.
dia call bapak dia, bapak dia taknak.

ok. then aku call dewan skali lagi suh  anjak ke 17th, Saturday.
so Saturday 17th that is.
siap orang dewan tu tanya, CONFIRM yer..
aku jawab: kalau tak confirm gak, aku lari kahwin kat Thailand weih.. :P
haha. jk. gilor...

nikah, Jumaat lah kot.
cane tu? camne aku nak cari photog dan MUA yg available hari jumaat, unless dorang memang takde keje lain lah, dok wat tu aje...

fuuu..cabaran...

tu pon aku tak finalize lg ngan bapak aku nih nikah bila. tapi bapak aku kata OK je nikah Jumaat.
tapi masalah plak bapak aku nak nikah PAGI yow~

haaaa. gitu lah.

lepas nih tatau nak berperang apa lagi dah. mungkin berperang nak nikah bila plak kot.
tak kira laa. pagi jugak2. sapa ada, ada lah. sapa takde, takde lah yer... harap maaf.

No comments:

Post a Comment