gigih haritu membelek bersama adikku di rumah. sampai tak tidur lah! hehe..
hasilnya. (maaf kualitas gambar kurang baik, pakai henfon je tangkap)
kalau tengok bebetul, ada yg herot, senget bengot, tak kemas siap..nih belum final cut.
of cos laa yg terindah je akan berada atas kek kahwinku nanti. ;)
kualiti output semuanya tergantung kepada skill asas menjahit, dan bentuk love yg digunting tu. kalau ala-ala tgh sakit hati, makanya, herot lah love tersebut. ehhe..
bahan-bahan:-
- kain felt
- lidi sate
- pelilit berwarna tiffany blue
- reben satin berwarna tiffany blue
- fiber utk sumbat dlm felt love (ambil dari bantal yg telah tidak digunakan lagi)
kos pembuatan:-
- kain felt semeter RM7. Dibeli di Bunga reben, city one plaza. yg dah siap beberapa kuntum nih cuma pakai tak sampai suku. banyak lagi lebih. ingat nak buat "garland", mesti cumil ;)
- lidi sate: FREE. ada aje kat umah stenbai nak nyalakan oven dapur.
- pelilit berwarna tiffany blue: RM1.20 di kedai yg sama.
- reben satin berwarna tiffany blue (size paling kecil) RM0.70
- fiber. FREE. adik aku berjaya carik bantal yg tidak digunakan lagi utk ditogelkan. ;) tapi ada aje kat kedai yg sama, RM12.50 utk setengah kilo, kalau mahu. ;D
cara-cara:-
- cari template (online) dan print pada kertas. selepas tu, tekap template tadi pada kertas keras dan gunting.
- tekap plak templet kertas keras pada kain felt dan lukis dengan pensel/pen.
- gunting dan jahit. jahitan yg digunakan: sembat / insang pari / jelujur / sukahatimaklu nak jahit camne. pastikan tak terjahit sekali hujung love tu pasal nak letak lidi. tinggalkan sedikit ruang. utk lidi. jangan lupa juga utk tak jahit semua sekaligus. tinggalkan sedikit ruang utk sumbat itu fiber dalam.
- lidi yg telah dililitkan dengan pelilit, cucuk dlm love yg telah disumbat fiber dan dijahit separuh.
- jahitlah sampai habis love tersebut.
- jahitlah sampai lebam dan sampai penat atau sampai habis bahan2 nak buatnya. ;D mcm aku, kol 6 pagi baru tido. hoho..
*****
PAPER LANTERN.
haritu pergi beli paper lantern dengan si dia. hehehe..
actually beli pon sebab nak deco pelamin dan walkway dan arch.
kos:- RM94 for 28pcs of various sizes and colors of paper lanterns. ;D
reference for the paper lantern shop. (million thanks for sharing!)
http://sarahsayangjiman.wordpress.com/2010/07/17/1319/
http://anaille.blogspot.com/2010/05/wedding-finds-in-petaling-street.html
inspirasi:-
inpiring pics of garland ;D
disclaimer:- these are not my pics. it is either i got it from google or the bride blogs that i surf on daily basis.
// + //
details kedai yg jual paper lantern:-
nama kedai: Liew Fah Trading Sdn Bhd
alamat: No. 10, Jln Panggong, 50000, KL.
telefon num: 03-2078 4863 / 4854
Emel: liewfah@yahoo.com
kedai dia ada bidai kayu warna kuning tulis the basket shop. ;D
No comments:
Post a Comment