Wednesday, March 9, 2011

apa nak cerits?

Pada hari Sabtu lepas, 5th of March, keluarga aku dan keluarga dia berjumpa secara kasual kat OTWC, Bangsar south. Kami pon berbincang lah macam mana gaya nak uruskan majlis apa semua. Apa yg telah ditetapkan adalah tarikh risik, iaitu, 30 April ini. dan bertunang, sebelum puasa. Aku tak ingat tarikh yg bertunang nih, tapi tu lah yg telah ditetapkan. Tarikh majlis pon bole dikatakan konfem lah. End of January 2012.

Makcik suka!

Punyalah nerves bercampur lapar pada malam tu, aku agak gopoh semasa makan. “keletak!” bunyi pinggan terangkat sikit waktu aku nak potong daging ayam tu. Cilako toi.
Bapak dia angkat kepala, adik dia pandang aku, dan dia pon pandang. Bole? Sorry! =.=”
Bukan itu sahaja moment of malu aku.
Tetiba brooch aku dari atas kepala terjun turun ke bawah secara mengejut. Semua perasan plak tu. Tak kaget aku? Haha.
Aku pon gigih amik balik and pasangkan. Sambil nak cover malu, aku agah-agah adik kecik aku tu. Haha.

Malu yaamats.

Perihal pemilihan dewan pula.

So far aku dah pilih 2 calon dewan. Tapi satu abah tak suka. Pemilihan dewan kene buat cepat. Sebabnya dewan kat KL nih, satu mahal. Dah mahal, kebanyakkannya tempahan hanya dibuka 6 bulan sebelum tarikh kahwin. Aku plak nak kawen January. Gila apa kalau bulan 6 baru nak bukak tempahan. Tak kawen makcik kang. Dewan kat KL nih kalau banyak takpe lah nak tempah last menet. Haishhh…
Sekarang masih mencari wedding vendors yg menarik. Catering, mekap, tukang jahit baju nikah, dan macam2 lagi.

Oh kursus kahwin…

InsyaAllah, first week of April aku gi. Dah book dah online. Lom confirm mulut aje lagi ngan orang tuh.

No comments:

Post a Comment